Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

'Ahlan Wasahlan' Ahmad Muaz!

Written by Najibah Mustaffa on 12:15 PM


Alhamdulillah, 26 Oktober 2007, di petang Jumaat penghulu segala hari, Ahmad Muaz - buah hati pengarang jantung kepada sahabat kesayangan: Hairin dan suaminya Nizam selamat menjengah alam dunia. Saya turut menumpang kegembiraan mereka dan keluarga menerima orang baru.


Ahmad Muaz menjadi anak sulung, cucu sulung dan anak saudara sulung dalam kedua-dua keluarga! bertuahnya, sudah tentu bakal menjadi kesayangan ramai. Tahniah sahabat!


Saya masih belum berkesempatan melawat mereka. Insyaallah, hujung minggu ni.

My precious moments with NISA'..

Written by Najibah Mustaffa on 11:56 AM








Hakikatnya, tugasan dakwah ini makin berat. Kewajipan dan tanggungjawab lebih banyak dari masa yang kita ada! Ya Allah, ikhlaskan hati kami. bantulah kami dalam menelusuri jalan dakwah ini. Ikatlah hati-hati kami ini dengan ikatan iman, dan mudah-mudahan bertemannya kami di dunia ini, berteman juga di dalam Jannah-Mu nanti. Amin.



Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar