Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

S.I.B.U.K

Written by Najibah Mustaffa on 10:29 AM

Assalamualaikum.

Setiap hari teringin sangat nak update blog. Banyak yang nak ditulis. Tapi kekangan masa dan keutamaan lain membuatkan hasrat untuk menulis ditangguhkan buat seketika.

Saya agak sibuk dengan kerja. Pelajar akan menghadapi final exam hujung bulan ni. Dan, saya agak kelam-kabut semester ini untuk menghabiskan to-do-list yang panjang berjela: mengejar silibus bagi 4 subjek, marking paper ujian 3 yang berakhir minggu lepas tapi masih belum sempat ditanda, menguruskan hal-hal pelajar yang menjadi 'anak PA' saya terutama bagi pra pendaftaran semester depan dan simulasi serta target final exam, juga dengan mesyuarat pensyarah yang agak kerap di akhir-akhir ini.

Kelam-kabut mungkin kerana saya bercuti 2 bulan di awal semester kerana maternity leave, hanya masuk bekerja di pertengahan semester, dan semester ini pertambahan 1 subjek yang perlu diajar menjadikan total jam kredit yang perlu diajar adalah 16 jam seminggu.

Saya dan suami juga sibuk dalam urusan survey rumah. Kami berkira-kira untuk beli rumah, hasrat di hati mahu dalam waktu terdekat. Memandangkan rumah sewa yang kami duduki sekarang kurang selesa bagi kami untuk menerima kehadiran keluarga dan sahabat handai. Saya sebenarnya sangat seronok kalau ada orang nak datang rumah. =). Dan, minggu lepas kami sudah survey rumah teres 2 tingkat di Bandar Damansara Kuantan, dan kami berpuas hati dari sudut harga, keluasan rumah, design rumah yang agak cantik dan moden, 4 bilik, 3 bilik air. Namun, masih survey rumah area lain, kalau-kalau ada yang lebih baik. Tak mengapa ambil masa yang lama untuk urusan pencarian dan pembelian rumah, sebab saya kira inilah pelaburan terbesar kami dalam hidup. Jadi, kena buat betul-betul. Doakan urusan kami dipermudahkan..Bukankah ada kediaman yang bagus adalah sumber bahagia dan menenangkan hati? =)

Dan, semestinya malam-malam saya sibuk dengan si kecil Nur Aqilah yang sudah pandai menjerit, tak boleh ditinggalkan main berseorangan, nak berdukung, nak bersembang. Kalau fikir penat, memang kami suami-isteri akan stress. Namun, bila memikirkan si anak yang tentunya ingin bermanja setelah seharian tidak bersama kami sewaktu kami keluar bekerja, hati lunak. Layan sahajalah karenah si anak yang sedang membesar ini. Hati seorang ibu, tidak ingin si anak merasa kehilangan. Nak diharapkan kasih-sayang dan sentuhan mesra daripada pengasuh di siang hari, sudah tentu berbeza dengan ibu sendiri.

Dan, sibuk dan penat ini sedikit-sebanyak menjejaskan production susu. Rasa sedih tengok stok susu dalam peti ais yang makin berkurang. Suami sentiasa ingatkan, "jangan stress..nanti makin effect...".

Hmm...saya kena belajar mengurus tekanan dan kepenatan. Bukan mudah nak jadi ibu yang hebat bukan? Yang mampu membahagiakan ahli keluarganya.

** Setiap hari berusaha untuk menjadi anak, isteri dan ibu terbaik. Segala kekurangan cuba diperbaiki. Bukan untuk apa, bukan untuk sesiapa, hanya mendamba redha dan syurga Allah. Amin.



Hati Kata Rindu

Written by Najibah Mustaffa on 4:54 PM

Sungguh,

Kala ini..saya rindu untuk berusrah
Saya rindu untuk mendengar ceramah
Saya rindu untuk berhalaqah bicara tentang ummah
Saya rindu untuk berprogram

Saya tak ingin hidup ini berlalu begitu sahaja

Ya,
suami dan anak, juga keluarga adalah keutamaan saya
Tanggungjawab dan amanah yang tidak berbelah bagi

Namun,
Saya tetap rindu pada suatu ketika dulu
Saya pernah di gelanggang itu.

Terlontar di tempat baru
Sebegini lama saya mencari tapak untuk kembali

Ya Allah,
Mudahkanlah hasrat ini.
Untuk hidup berbakti.
Dan, setiap detik hidup ini dalam amalan jua.



Growth Spurt (Beralih Bulan)

Written by Najibah Mustaffa on 11:09 AM

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Aqilah sudah menginjak usia 3 bulan 3 minggu, 2 hari. Lagi 5 hari nak masuk 4 bulan.

Aqilah setakat ini:
- Pandai meniarap, sudah semakin expert
- Suka menjerit kuat-kuat kalau lambat angkat ataupun bagi susu
- Suka pandang ayah lama-lama, mungkin dengan harapan agar ayah memulakan sesi vokal secepat mungkin.
- Suka sangat kalau ibu dan ayah bernasyid.
- Sudah semakin selesa bila diurut lepas mandi
- Masih buat syif malam, tapi semakin baik..tak lah sampai 2-3 pagi.
- Suka hisap jari dan main dengan tangan
- Bulatkan mata bila diletakkan objek-objek terang (seperti Lennie dan Momo nya, juga buku alphabet dan bantal kecil yang ada abjad)
-Kenal orang. Kalau orang lain selain ibu, ayah, pengasuh, dia akan cebikkan muka, menangis.

Dan, 2-3 hari ni, Aqilah sedikit meragam. Tak nak duduk atas tilam, asyik menangis kalau tak ada orang layan dia, nak berdukung je. Dan, menyusu lebih kuat dari biasa. Susu yang dibekalkan kepada pengasuh (lebih kurang 15 oz) tak cukup. Ibu tambah ke 18-20 0z.

Mungkin dia sedang mengalami Growth Spurt (Beralih Bulan). Jadi, ibu dan ayah tak perlu stress. Sebab itu adalah milestone dia dalam tempoh membesar.

Tentang Growth Spurt boleh dibaca di sini:

Ketika Growth Spurt, Bayi Menyusu Lebih Dari Biasa

Forum: Bayi Beralih Bulan

** Terfikir untuk dapatkan supplemen. Pasca bersalin, rasa badan cepat penat, pening. Sementelah lagi sibuk dengan anak. Ada cadangan?

Wajah Baru, Mood Baru

Written by Najibah Mustaffa on 4:43 PM

Assalamualaikum

Alhamdulillah, setelah sejak sekian lama memujuk Encik Suami untuk ubah template blog, akhirnya blog ini berwajah baru. Terima kasih, syukran, thanks. =)

Semoga mood untuk terus menulis tidak akan padam, walaupun menulis isinya yang entah apa-apa. A
patah lagi, akhir-akhir ini banyak entri adalah berkaitan anak dan penyusuan ibu (saya sangat teruja!). Sebab itulah dunia saya setiap hari. Entri yang ditulis hanyalah untuk berkongsi apa yang saya dapat, apa yang saya rasa.

Dan sungguh terharu bila ada yang respon dengan SMS, facebook, kata baca blog saya, dan tanya lebih lanjut tentan
g beberapa perkara terutamanya tentang penyusuan ibu. Rupanya ada silent reader. Alhamdulillah. Moga ada manfaatnya untuk semua.

** Saya bukan kaunselor laktasi, saya hanya suka baca, cari maklumat tentang bayi, penyusuan ibu dan tulis semula dalam bahasa saya ke dalam blog ni. =)















Designer blog saya..=)

Al-Fatihah buat Nurul Zalikah

Written by Najibah Mustaffa on 4:18 PM

Assalamualaikum.

13 November, Jumaat lebih kurang jam 1.30 petang, adinda, teman seperjuangan juga dianggap saudara sendiri, Nurul Zalikah Mohd Zan (Ika) telah kembali ke pangkuan Allah Rabbul Jalil setelah beberapa lama menderita sakit kanser darah.

Seorang yang sangat komited dengan perjuangan Islam di kampus, adik yang sering menjadikan senior sebagai rujukan dalam mengembangkan Islam di kampus melalui wadah PMIUM, tidak lokek senyuman dan gurauan manja, menyebabkan saya masih teringat-ingat wajah manis beliau. Sumbangannya pada perjuangan di kampus sudah tentu ada ganjarannya di sisi Allah. Beruntungnya beliau dijemput Allah pada hari Jumaat, sayyidul ayyam. Bebas dari seksa kubur.

Selesai sudah amanahnya di muka bumi. Dia sudah menepati perjanjian dengan Allah. Kita ini yang masih tinggal, juga akan kembali pada Allah sepertinya jua. Entah bila, entah bagaimana dan entah di mana.

Diri masih kurang amal, ibadah yang lompang di sana- sini, sering tewas menepis mazmumah yang merajai diri. Cukuplah kematian itu sebagai peringatan. Kita bisa dipanggil pulang bila-bila masa. Tanpa isyarat, tanpa pemberitahuan.

Al-Fatihah.



Masa Emas Kami @ Janda Baik, 10-12 November

Written by Najibah Mustaffa on 1:43 PM

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, 10-12 November lalu, kami sekeluarga dapat bercuti di Seri Pengantin Resort, Janda Baik, Pahang. Sebenarnya ayah ada kursus KPI, ibu dan aqilah hanya tumpang 4 kaki, join sekali untuk bercuti. Sebab sepanjang sebulan yang lepas, ayah asyik berkursus dan kami asyik kena tinggal. Jadi kali ni, ibu decide nak ikut, sebab b
osan asyik kena tinggal. =)



Dan, harga yang perlu kami bayar adalah RM530, untuk penginapan di Deluxe Garden View selama 3 hari 2 malam, beserta makan 6kali sehari. Komen saya, adalah TIDAK BERBALOI dengan harga semahal itu sebab kemudahan yang disediakan adalah standard.


Cubaan Aqilah untuk meniarap dalam kereta, dalam perjalanan ke Janda Baik.
Demam. Selepas kena inject (untuk imunisasi 3 bulan). Aqilah sangat liat untuk makan ubat, nampak syringe je, dia dah buat gaya reject. Ibu terpaksa tampal 'kool fever for children' pada dahi dan belakang badan untuk turunkan suhu. Alhamdulillah demam dia dah kebah.
Kami baru keluar bilik selepas ayah tamat slot petang. Masa untuk berjalan-jalan.
Terasa Aqilah dah makin berat (latest 5.1kg)..ayah pulak kena dukung.
Ya Allah, sempurnakanlah perjalanan baitul muslim ini dengan sakinah, mawaddah dan rahmah yang Engkau titipkan ke dalam hati-hati kami ini.

Landskapnya boleh dikatakan cantik..ok lah..tapi masih tak berbaloi kami bayar RM530..(still tak puas hati sampai hari ni)..
Aqilah dan ayah menikmati suasana petang di tepi swimming pool.
Aqilah dan Kak Wan, rakan sepejabat ayah. (Muka nak menangis, sebab aqilah dah kenal orang..)
Antara penceramah kursus tersebut adalah Cik Multazimah (Izie) yang didatangkan khas daripada Perak. Cik Izie ini merupakan rakan sekuliah kami di UM. =)
Hari terakhir, sementara tunggu makan tengahari, bagi ikan makan dari balkoni bilik.
"Kan best kalau belakang rumah kita ada kolam macam ni.." kata ayah.
Ibu dan ayah beraktiviti bagi ikan makan. Aqilah pula masih lena.
Dan, kepuasan sebenar saya selama 3 hari tersebut adalah masa emas bersama keluarga, terutama bersama anak tersayang. Jujurnya, sejak bekerja semula, saya rindukan untuk memandikan Aqilah, memakaikannya lampin, bermain-main dengannya, bersamanya sepanjang hari, di mana itu hanya dapat saya perolehi ketika di hujung minggu sahaja.

Di hari bekerja, hantar anak yang masih tidur ke rumah pengasuh, dan ambil semula lewat petang, ketika dia sudah siap mandi...Saya rindukan tugas-tugas seorang ibu.

Alhamdulillah, percutian 3 hari ini mengembalikan semula tugas-tugas itu kepada saya walaupun seketika.

Alhamdulillah.

** Rumah yang dipenuhi dengan maki hamun, kemarahan, kekecewaan bukanlah sebuah kediaman, ianya hanya sebuah rumah, tempat berteduh. Ianya hanya merosakkan jiwa.




Trip Keluarga @ Melaka, 17-18 Oktober 2009

Written by Najibah Mustaffa on 12:08 PM

Assalamualaikum.

Setelah sekian lama, baru dapat upload gambar kenang-kenangan kami sekeluarga ke Melaka bulan lepas. Hasrat asalnya nak memenuhi undangan kenduri keluarga abang ipar di Masjid Tanah, Melaka. Lalu, menjadi trip keluarga (sebelah suami). Jalan-jalan bandar Melaka, melawat kota A Famosa, bermalam di Chalet Rizalan, makan ikan bakar di tepi pantai (saya lupa namanya - sebab sejak bersalin saya menjadi seorang yang pelupa..). Alhamdulillah.

Ini 1/4 sahaja keluarga besar sebelah suami.
Ambil angin di tepi pantai.
Mendaki anak tangga di tapak kota A Famosa, di tengah panas terik sambil mendukung Aqilah..sangat mencabar dan memenatkan.
Akhirnya, ibu surrender. Giliran ayah untuk dukung Aqilah. Kesian Aqilah..kepanasan. (Masa ni Aqilah 2 bulan setengah).
Walaupun penat, posing tetap posing!
Setelah hampir 4 jam berpusing sekitar kota A Famosa, kami bersiap-siap untuk pulang ke Kuantan. Masa ni sangat penat, Aqilah dah meragam....

** Trip keluarga ke Sungai Besar, Selangor (balik kampung suami) pula pada Disember ini. Aqilah membesar di jalanan..=)

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar