Jadi Pakar Laktasi?
Written by Najibah Mustaffa on 4:35 PMAssalamualaikum...
Malam kelmarin, saya menerima panggilan daripada junior saya ketika di UM dulu iaitu Faten Nurain. Saya masih menyimpan nombor beliau dengan nama "SU PMI-Fatin' sebab ketika di kampus dulu, beliau adalah Setiausaha PMIUM, yang selalu panggil (jemput) saya untuk mesyuarat, dan suaminya Haafizuddin adalah Presiden ketika itu. =). Fatin juga seperti saya, ibu muda, baru menimang cahayamata 2 bulan.
Sudah diagak, tentu persoalan tentang penyusuan ibu yang ingin ditanya. Dan, sangkaan saya tepat. Agak lama kami bersembang tentang penyusuan ibu, tips-tips menambahkan susu dan teknik penyusuan yang baik. Suami hanya tersenyum. Dia tahu, saya tengah 'berangan' jadi pakar laktasi! hehehe...
Sebenarnya saya malu bila ada sahabat-sahabat yang telefon, SMS, tinggalkan komen di blog dan bertanya melalui Facebook mengenai penyusuan ibu. Sebab yang bertanya itu ada antaranya sudah beranak dua! Dan, ada juga yang terlebih dulu menjadi ibu berbanding saya. Bimbang juga dilihat terlalu 'excited' dengan penyusuan ibu dan penjagaan anak-anak.
Sungguh, saya tidak punya banyak ilmu tentang ini. Namun, saya punya semangat yang luarbiasa bila bercakap tentang penyusuan ibu. Dan, saya sangat-sangat berbesar hati apabila ada yang bertanya lanjut tentang apa yang saya tulis di blog kerana perkongsian itu mencambahkan ilmu.
Dan, atas semangat luarbiasa itulah, hampir setiap hari, setiap masa saya cuba untuk menambah ilmu tentang penyusuan ibu. Carian di internet, buku, majalah sudah menjadi sumber rujukan utama. Dan, apa yang saya jumpa, itu yang ingin saya panjangkan dalam blog ini. Dan, saya tidak pernah merasa ilmu ini cukup. Menjadi ibu memerlukan kita belajar sepanjang masa bukan?
Terima kasih pada yang bertanya. Dan, mohon maaf andai ada jawapan saya (yang bukan pakar) tidak tepat dan sebagainya. Saya hanya ingin berkongsi. Saya rasa sangat bahagia bila dapat bantu ibu-ibu lain menambahkan ilmu tentang penyusuan ibu. Sebab dalam masa yang sama, saya juga turut belajar. Sebab tidak ramai ibu muda yang bekerja hari ini yang sokong penyusuan ibu.
Banyak contoh di sekeliling saya. Ibu menghentikan penyusuan untuk anaknya, diganti dengan susu formula seawal usia mereka 1 bulan, sedangkan mereka mampu untuk menyusukan. Melainkan bagi ibu yang ada masalah tertentu yang tidak memungkinkan mereka menyusukan anak mereka.Penyusuan ibu juga disebut dalam Al-Quran dalam beberapa ayat. (Saya tengah kumpul bahan untuk tulis artikel tentang penyusuan dalam Islam). Apabila disebut dalam Al-Qur'an, sudah tentu ada keistimewaannya bukan?
Syabas saya ucapkan pada sahabat-sahabat terdekat, si ibu muda yang gigih meneruskan penyusuan ibu, demi memastikan anak mereka mendapat haknya iaitu susu terbaik di dunia. Walaupun penat, berhabis duit dan sebagainya, itulah pelaburan anda untuk si permata hati. Mudah-mudahan dengan berkat titisan susu ibu yang masuk dalam perut anak-anak kita, dia tidak lupakan kita bila kita tua nanti. Insyaallah. Ibu dan ayahnya tetap dalam hatinya, di mana-mana jua.
Akhirnya, saya tidak lupa memanjangkan syukur pada Allah, yang masih mengalirkan susu dalam badan saya untuk Nur Aqilah, yang berikan semangat luarbiasa itu pada saya. Sebab, tanpa kekuatan yang Allah bagi ini, saya juga boleh tewas dengan kepenatan (dan juga perasaan malas) yang makin terasa sejak akhir-akhir ini. Dan, mudah-mudahan dengan sedikit perkongsian dan niat saya untuk bantu mudahkan sahabat-sahabat lain meneruskan penyusuan, maka Allah juga mudahkan saya untuk menyusukan Nur Aqilah sehingga usianya 2 tahun. Insyaallah.
Kata Ibu: Saya ada angan-angan, yang terbit sejak bergelar ibu iaitu untuk jadi pakar laktasi dan buka butik barangan keperluan ibu dan bayi. Mungkinkah? =)
Najibah
3 Disember 2009
4.00 pm
4 comments: Responses to “ Jadi Pakar Laktasi? ”
By honey744 on December 3, 2009 at 9:37 PM
fuhhh... gambar aqilah dah menunjukkan aqilah sudah semakin bulat. hee... geram tengok mata dan dagunya.
By zaza@mamaHanin on December 4, 2009 at 10:03 AM
amboiii.. si kecik nih .. membolatt dia ekk.. badan ngan mata sama naik tuh.. hahaha.. tgk jib.. berlapeh dah daguu tu.. eee.. mai sini nk cobit2 manja sket!
By Anonymous on December 4, 2009 at 10:55 AM
berbeza melahirkan anak dlm suasana kerja dan tak kerja..yg melalui 2 masa ni adalah org yg sama tp pgalaman yg berlainan..berkongsilah..itu cara ilmu disebar..
ummushafi
By Najibah Mustaffa on December 6, 2009 at 10:54 AM
To Kak Hani: Yup, dah bulat. bdn nampak kecik je, tapi berat! alhamdulillah, berkat susu ibu..=)
To Zaza: Hehhe..mehla cni nak cubit. Tak sabaq tunggu aqilah besaq mcm hanin..=)
To K. Ein: Syukran sis..kita sama2 berkongsi..=)