Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Shopping @ The Momy and Baby Place

Written by Najibah Mustaffa on 10:19 AM



Assalamualaikum.

Sudah lama saya berhasrat untuk menulis entri tentang The Momy and Baby Place, butik keperluan ibu dan bayi yang dibuka lebih kurang 3 bulan lalu di Kuantan. Saya sangat teruja dengan butik ini sebab 'tokey' dia adalah melayu iaitu Puan Maryaa. Sejak tinggal di Kuantan, sebelum mengenali butik ini, saya sering membeli keperluan ibu dan bayi di Baby Home, Twins Baby dan Anakku. Dan, bila jumpa butik milik orang Melayu (kredit kepada suami yang 'jumpa' butik ini melalui carian di internet), saya tak pandang butik lain dah..=)

Butik ini sebab baru dibuka, tidaklah se'gah' butik atau kedai bayi lain yang pernah saya pergi. Barang pun masih tak banyak, namun saya 'tabik' usaha Puan Maryaa yang gigih untuk buka butik ini setelah beberapa lama menjalankan bisnes secara online.

Dan, saya tertarik tulisan Puan Maryaa dalam laman web rasmi The Momy and Baby Place iaitu sebab mengapa beliau membuka butik ini:

" Being a mommy myself and staying in Kuantan, I find it quite difficult to shop for breastfeeding, babywearing and clothdiapering products (apart from online shopping). That was why I came with the idea to start this Momy and Baby Place. Hopefully it will be beneficial to the mommies, daddies and babies in Pahang, Terengganu and Kelantan as well as everywhere else."

Saya mengakui perkara ini iaitu sukar untuk beli barang-barang keperluan ibu dan bayi secara 'one stop centre'. Alhamdulillah, kini saya dan suami menjadi pelanggan tetap dan sudah pun menjadi ahli The Momy and Baby Place.

Antara keperluan ibu dan bayi yang telah saya beli di sini ialah:

1. Set Pam Elektrik jenama Medela Swing (lengkap dengan cooler bag, ice-pack).
2. Botol penyimpanan stok susu Safety Plus
3. Liner untuk penyimpanan susu
4. Nursing Tea (Membantu 'boost' susu ibu)
5. Mama Patch Ring Sling (senang 'kendong' Aqilah bila keluar berjalan @ shopping)
6. Mei Mei Organic Baby Oil (sangat membantu Aqilah untuk tidur lena bila diurut dengan gunakan baby oil ini)
7. Mei Mei Organic Cleanser (Untuk basuh feeding bottle dan perkakas penyusuan)
Dan, sebagai ahli, saya:

1. Layak untuk menikmati diskaun 5% untuk setiap pembelian
2. Dapat hadiah hari lahir (ibu dan baby)
3. Dah dapat hadiah / gift wetbag, stokin berkait untuk Aqilah dan stokin panjang (saya tak tau orang sebut apa) yang sangat comel, warna pink...sesuai untuk dipakai dengan rompers.

Puan Maryaa pun SANGAT support penyusuan ibu dan beliau dalam proses menyediakan 'Mini Library' untuk ibu-ibu menyusu. Saya dah pun pinjam 2 buku dari beliau iaitu 'Menyusu Si Permata Hati' dan "Anak, Anugerah Terindah".

Beliau pun peramah, senang dibawa berbincang tentang penyusuan ibu, anak beliau - Ibrahim yang comel dan bijak. Dan, saya berharap suatu masa nanti, The Momy and Baby Place boleh bekerjasama dengan kumpulan sokongan ibu yang lain seperti susuibu.com, sarakids, lunatots dan lain-lain untuk anjurkan bengkel penyusuan ibu di Kuantan pulak. =)

Selamat Maju Jaya untuk beliau. Say YES to breastfeeding! =)

Kata Ibu: Saya menyusu Nur Aqilah bukan untuk jimat duit dari beli susu formula, bukan juga kerana saya malas nak bancuh susu tengah-tengah malam. Saya menyusu dia kerana itulah kepuasan buat saya yang bergelar ibu, dan satu kebahagiaan melihat si permata hati membesar dengan sihat, makin tembam dan jarang sakit dengan berkat susu ibu. Alhamdulillah. Segala puji selayaknya untuk-Mu ya Allah.















Najibah

1 Disember 2009

10.48 am

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 8 comments: Responses to “ Shopping @ The Momy and Baby Place ”

  2. By mimi on December 2, 2009 at 8:14 PM

    Salam Kak Bah..boleh saya tahu kat area mana kedai ni? bukan apa persediaan utk bakal baby nnti..blh beli brg2 kat kedai melayu kita,selalu beli online je..lagpun dktlah kuantan kan.blh bljr ttg BF sekali..thanks kak...

  3. By Najibah Mustaffa on December 3, 2009 at 9:23 AM

    W'salam mimi. kedai tu kat jalan beserah..kalau dari kuantan, kedai sebelah kanan..

    nanti kalau nak gi, mimi boleh call akak utk akak terangkan direction..=)

    mimi dah nak jadi ummi ye?skrg dah brape bulan pregnant?

    tahniah2 buat mimi dan suami. jaga diri ye dik..=)

  4. By mimi on December 3, 2009 at 12:52 PM

    Terima kasih Kak Bah..nak no phone kak Bah, blh? Alhamdulillah, dah 4 bulan lebih..doakan saya ya kak..saya ni duk berjauhan ngan suami, suami kat Putrajaya..elok 2 bln mengandung, suami dapat kerja kerajaan..alhamdulillah rezeki..cuma kena banyak berdikari sendiri..hehehe

  5. By Najibah Mustaffa on December 3, 2009 at 3:27 PM

    To mimi:
    Alhamdulillah, tak lama dah tu nak jadi ummi. insyaallah, jaga kesihatan elok2, makan dan minum yg berkhasiat, 4 bulan lebih tu bby dah ada 'ruh'. byk2 communicate dgn dia, ransang dr dlm kandungan lagi..=). hmm, hebat tu ujian berjauhan dgn suami lebih2 lg time pregnant. kalo akak, blm tentu kuat..huhuh..takpe mimi, insyaallah baby nanti kuat smgt, mcm ummi dia gak..=)

    mimi keje kat pejabat agama kan? akak pun dah hilang number mimi sbb tukar handphone hari tu banyak number missing. number akak 0193367384.kalau datang kuantan bgtau la ye..=)

    take care dear...

  6. By mimi on December 4, 2009 at 11:09 AM

    Terima kasih nasihat Kak Bah..insyaALLAH harapnya baby kuat,alhamdulillah spjg mengandung ni,tak byk alahan..blh lg drive sorg2 dr Pekan balik ke Bentong..doakan saya ya kak..

    Aah,saya kerja kat Jabatan Agama Islam di Pekan, ttpi selalu turun Kuantan sbb hal meeting dan kursus..ada jmpa Ustaz Hisham hr tu..masa ESQ kat Pekan ada juga ternampak dia..ni no saya 0192067872..insyaALLAH nak juga jmpa Aqilah..asyik tgk dlm blog jek..hehehehe

  7. By Najibah Mustaffa on December 6, 2009 at 10:56 AM

    Mimi, ok...nanti dtg kuantan bgtau yek

  8. By Auni on October 8, 2010 at 11:28 AM

    Assalamualaikum,

    saya pun tinggal kat area kuantan and nak tanya kat mana nak cari kedai ni? boleh tak tolong bg direction nak ke kedai ni? thanks.

    -Auni-

  9. By Hafiz Fahmi vs Roslina on February 12, 2013 at 5:55 PM

    salam..kedai kt beserah tu berdekatan ngan kedai ape ye? ade x alamatnye?

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar