RIndu Haramain (sambungan)
Written by Najibah Mustaffa on 3:54 PMKA'ABAH DI DEPAN MATA
Sampai di Mekah Maghrib, kami ditempatkan di Al-Soltan Hotel oleh Travel Agency (Andalusia), dekat dengan Masjidil Haram. Usai solat jama' taqdim maghrib dan isyak, berkumpul di lobi hotel untuk menunaikan umrah. Berjalan kaki dari hotel ke masjidil haram tidak sampai 5 minit, menyusur suuq di kota mekah satu pengalaman baru bagi saya.
Kaki menjejak tangga masjidil haram. Masuk melalui 'Babul Umrah', perasaan ini tidak dapat dimengertikan. Ka'abah sudah tersergam di depan mata. Subhanallah! Allahuakbar! Syukur padaMu ya Allah yang mengizinkan pertemuan istimewa ini. Airmata mengalir deras. Susah untuk saya describe perasaan ketika itu.
Mak juga bercucuran airmata, ayah kelihatan menahan sebak, mungkin rasa terharu dan bersyukur kerana diizinkan kembali melihat Baitullah setelah 18 tahun yang lalu (ketika kali pertama menunaikan haji).
Di celah-celah orang ramai yang tekun beribadah, kami mencari ruang menyelinap masuk ke laluan tawaf, hampir ke penjuru hajarul-aswad untuk berniat tawaf. Indahnya perasaan ketika ini Ya Allah....selesai tawaf, mengambil tempat berhampiran maqam Ibrahim untuk solat sunat tawaf. Bukan mudah mendapat tempat, dan bukan boleh berlama-lamaan di situ...
sukar untuk saya catatkan disini semua pengalaman di sana...yang pasti semuanya pengalaman baru bagi saya. melakukan sa'ie antara safa dan marwah memang memenatkan. 7 pusingan pada umrah kali pertama membuat kaki saya hampir kejang. Terbayang bagaimana siti hajar berlari-lari mencari air untuk anaknya Ismail, di tengah panas terik padang pasir, sedangkan saya bersaie dalam masjid berbumbung dan ber aircond!!
(bersambung lagi..)
0 comments: Responses to “ RIndu Haramain (sambungan) ”