Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

People Do Move On....

Written by Najibah Mustaffa on 6:09 PM

Bersama Ustaz Bakir Mansor (tengah) : ahli Majlis Penasihat Syariah Takaful Malaysia


20 Ogos 2007 nanti bos saya: Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Pengurus Jabatan Syariah Takaful Malaysia. Majlis perpisahan yang diadakan tengahari tadi sedikit-sebanyak mengundang rasa sedih. Sedih sebab bos nak berhenti? tidak jugak, sebab yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti. Mungkin kerana ramai yang saya kenali di sini seorang demi seorang meninggalkan Takaful Malaysia. Tinggal kami yang ada untuk meneruskan perjuangan, memperkasakan sistem mu'amalat Islam.

Insyaallah, ustaz wan berjanji untuk terus di sini. Saya lega, masih ada 'sifu' untuk saya berguru, menadah ilmu.

Undur Diri Seketika

Written by Najibah Mustaffa on 10:27 AM


Buat kali ke-2 dalam tempoh 2 minggu, saya demam lagi.


Bertambah lagi ubat untuk ditelan. Entah kenapa, badan saya benar-benar lemah. Dr. Chin berikan MC untuk hari ni, tapi saya menolak. Terlalu banyak kerja di pejabat yang perlu saya selesaikan. Semuanya mengejar deadline. Minggu ini saya perlu menyiapkan dua proposal untuk dibentangkan dalam mesyuarat penasihat syariah nanti. Di samping proses mengemaskini buku resolusi BPS yang perlu disiapkan keseluruhannya urusan pembukuan dan penerbitannya dalam tempoh sebulan ini. Material mengenai STMB untuk dimuatkan dalam majalah VISI terbitan JAKIM juga masih belum sempat saya tengok. Dan..NISA' Small Kindness just around the corner.


Saya mohon undur diri seketika dari menulis. Saya ingin fokus kepada tugasan yang menuntut komitmen, dan juga untuk berehat. Doakan saya sihat. Fizikal dan emosi.

I'm touched!

Written by Najibah Mustaffa on 9:05 AM

Dari blog Abang Bad:

DOA BUAT DJW & FRIENDS

Sekiranya anda melalui setesen LRT pada lewat malam (sekitar 12 midnite & above) dan terserempak dengan anak-anak muda yang kelihatan manis menutup aurat, sedang menghidupkan enjin dan bersedia untuk membonceng motosikal, maka jangan lupa doakan untuk mereka. Anak-anak muda ini sebenarnya baru selesai menghadiri mesyuarat dan aktiviti yang seringkali berakhir lewat malam. Balik menaiki LRT dan seterusnya pulang kerumah menunggang motorsikal mereka yang diletakkan di tempat pakir yang disediakan.Jikalau gadis remaja lain sibuk menghabiskan masa dengan berhibur, bersuka-ria dan membuat kerja yang hanya bermanafaat untuk diri sendiri, tetapi sebaliknya golongan muslimah muda ini sanggup berkorban masa dan tenaga tanpa menghiraukan kepentingan diri, demi untuk kesejahteraan ummah.Hujung minggu mereka bukannya dipenuhi dengan window-shopping di OU, Mid-Valley, The Curve atau lain-lain tetapi pada hari Sabtu dan Ahad mereka dihabiskan dengan program dan aktiviti-aktiviti bersama adik-adik (yang mula tertarik dengan keindahan dan kesyumulan Islam).Oleh itu jangan lupa doakan untuk mereka dan muslimat muda yang lain, walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai realiti kehidupan, pelbagai ragam kawan serumah, kawan seofis mahupun ahli keluarga yang mungkin tidak faham dengan matlamat hidup mereka, namun mereka terus bersabar menggenggam erat tali Allah. Sesungguhnya mereka ini adalah mutiara-mutiara terpilih yang merupakan penyambung kepada matarantai perjuangan Rasulullah s.a.wDoakan kebahagiaan mereka dunia akhirat, doakan mereka mendapat jodoh yang terbaik, doakan mereka istiqamah menghadapi mehnah dalam perjuangan dan akhir sekali doakan mereka agar nanti dapat berhimpun di Jannah bersama rakan-rakan seperjuangan, menikmati segala keseronokan, segala kegembiraan dan segala kemewahan yang mereka tidak sempat kecapi kerana sibuk berjuang sejak dari usia yang masih muda. Amin.

Abang Bad dan Kak Mas,
Kami ini orang muda yang baru masuk gelanggang. Kurang ilmu, cetek pengalaman. Kadang-kadang terkurang sabar, cepat melatah. Berikan kami kefahaman, tunjukkan kami jalan. Agar kami juga mampu berdaya tahan seperti kalian.

NISA' Small Kindness 2007

Written by Najibah Mustaffa on 12:42 PM

(SUMBANGAN KECIL NISA')

Sempena:
Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Malaysia

TARIKH: 26 Ogos 2007
TEMPAT: Sekitar Gombak


NISA’
Nisa’ merupakan sebuah kelab yang menjaga kebajikan remaja dari sudut kerjaya dan kaunseling serta memberi kefahaman Islam dengan cara baru, ceria dan unik sesuai dengan minat remaja. Nisa’ juga berusaha untuk merancang dan melaksanakan program terbaik untuk remaja dengan mendedahkan program yang bermanfaat kepada mereka serta menjadikan mereka sentiasa prihatin dengan kebajikan masyarakat selaras dengan misi dan visi Nisa’.

Menyahut Seruan Kerajaan
Bagi menyahut seruan kerajaan, Nisa’ berusaha membantu dengan cara terbaik untuk menjadi golongan remaja dan masyarakat yang prihatin sesuai dengan saranan kerajaan dalam Kempen Masyarakat Penyayang dan Kempen Budi Bahasa Budaya Kita.

Masyarakat dan NISA’
NISA’ cuba menterjemahkan secara luas kepada masyarakat, bahawa dalam kita bergembira menyambut kemerdekaan, ada juga masyarakat yang kurang berkemampuan tidak dapat menyambutnya dengan sepenuh hati gembira lantaran kemiskinan yang menghimpit hidup mereka dan kesibukan mencari rezeki. Justeru, Nisa’ cuba memahami dan menggembirakan mereka dengan pemberian kecil kepada glongan ini supaya mereka dapat bersama-sama gembira dan bersemangat menyambut kemerdekaan.

Kebajikan kepada semua
Melalui program NISA’ Small Kindness ini, diharapkan supaya sebagai masyarakat Malaysia, budaya memberi ini perlu dipupuk setiap masa. Yang boleh memberi sedikit, dapat beri sedikit, yang dapat memberi lebih banyak dari itu, boleh beri banyak supaya dalam diri setiap masyarakat Malaysia wujud sifat ‘empathy’ dan kasih sayang terhadap mereka yang kurang berkemampuan.

OBJEKTIF
1. Menyambut kemeriahan sambutan kemerdekaan bersama mereka yang kurang berkemampuan.
2. Menyahut seruan kerajaan untuk sentiasa prihatin kepada masyarakat dalam Kempen Masyarakat Penyayang.
3. Mewujudkan perpaduan yang lebih erat dengan pelbagai kaum melalui aktiviti kebajikan.
4. Mendedahkan generasi muda tentang realiti kehidupan masyarakat di Malaysia.
5. Menggiatkan aktiviti kebajikan dan budaya memberi walaupun secara kecil-kecilan.
6. Memupuk budaya memberi dan prihatin terhadap masyarakat kepada generasi muda.


KONSEP & INTIPATI PROGRAM
1.Sambutan kemerdekaan bersama mereka yang tidak berkemampuan
2.Generasi muda dekat dengan masyarakat
3. Amalan bersedekah sepanjang masa
4. Menggembirakan golongan yang tidak berkemampuan sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan Negara.
5.Menyuburkan budaya memberi dan prihatin walau kecil.
6.Berkongsi kemeriahan kemerdekaan bersama masyarakat.

Semoga dengan pelaksanaan Nisa’ Small Kindness 2007, sambutan kemerdekaan Malaysia kali ke-50 lebih bermakna kerana disambut bersama-sama masyarakat yang kurang berkemampuan. Generasi muda juga dapat menghayati dan sentiasa memupuk budaya memberi kepada masyarakat yang memerlukan. Semoga masyarakat ini akan bergembira walaupun dengan pemberian kecil ini.

Sekelumit Budi, Secebis Pemberian.

Berhasrat untuk menyalurkan sumbangan? Sila hubungi:

Sumbangan Kewangan: Najihah (017-3716092)
Sumbangan Barangan: Muna (013-3687150)

Life Is Hard

Written by Najibah Mustaffa on 3:03 PM

Setelah kepahitan itu pergi
Aku ini masih menghitung diri
Bimbang 'kemanisan' yang bertamu ini
adakah masih ada ujian lagi
walaupun jauh di sudut hati penuh mengharap
agar inilah destinasinya
yang selama ini dicari

Sukarnya hidup ini
tanpa panduan dariMu Tuhan..
Aku ingin terus berpayung, berlindung...
Dibawah redup kasih dan sayangMu Ya Rahman..

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar