Salam dari Kuantan Medical Centre
Written by Najibah Mustaffa on 8:50 PM13 Disember 2008
227B, Wad Makmur Timur
Kuantan Medical Centre
Dalam masa tak sampai 2 minggu, ini kali kedua saya menjadi penghuni wad. Kali pertama di Hospital Sultanah Nur Zahirah, K. Terengganu (1-3 Disember) dan kali ini, 11-13 Disember di Kuantan Medical Centre.
Saya masih kurang bermaya untuk menulis, sekadar ingin mencatatkan beberapa perkara:
1. Salam 'Idul Adha buat semua pengunjung blog ini.
2. Tahniah buat adik saya, cikgu zurina atas 'hari istimewa' pada hari ini.
3. Terima kasih kepada semua sahabat yang call dan SMS bertanya khabar, dan mohon jutaan maaf atas call yang tidak berjawab dan SMS yang tidak berbalas. Terlantar sakit menghilangkan mood saya untuk bercakap.
4. Terima kasih tak terhingga buat suami tercinta, kerana sudi 'merubah wajah' blog ini.
Doakan saya sihat, untuk kembali bekerja.