Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

" First time I see you, I like you..."

Written by Najibah Mustaffa on 5:32 PM

Jumaat - 21 Nov 2008.
7.30 malam
Stesen STAR, Titiwangsa


Mengah rasanya menggalas beg. Sengaja saya malas bawa beg tangan. Menyusahkan. Badan penat menahan rasa loya dan pening.

Bas ke Jengka jam 8.30 malam. Berjanji dengan Ani, adik ipar - jururawat di HKL untuk bertemu di Hentian Pekeliling.

" Hello, nak ke Sogo macam mana? ". Sapa seorang mamat Bangla pada saya dalam English telo Bangla. Tinggi lampai orangnya.

" Bukan di sini, awak perlu turun di stesen Bandaraya, dah terlepas. " Saya yang terdidik dengan akhlak mulia dalam Nisa' seboleh mungkin membantu.

" Never mind, i'll follow you.." Ujar mamat tadi selamba.

Saya pelik, mula curiga.

" Saya tak pergi Sogo. " Cuba menjelaskan.

" It's OK. First time I see you, I like you..I want to follow you...".

Ish...tak paham bahasa ke mamat ni. Saya cuak. Langkah kaki dipercepatkan.

Blahhh!!!!!

Hati-hatilah terutamanya perempuan. Macam-macam taktik untuk memperdaya orang kat KL ni. Amalkan selalu zikir dan al-Ma'thurat pagi dan petang, mudah-mudahan Allah pelihara kita setiap masa dan keadaan.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 3 comments: Responses to “ " First time I see you, I like you..." ”

  2. By Muna 'Izzah Fadzil on December 4, 2008 at 3:10 PM

    jeeb, mamat tu suka la hang makin berseri bila pregnant, hehe hisham kena jaga lebih ni. :D

  3. By Anonymous on December 4, 2008 at 11:40 PM

    Salam kak jibah...shukran jazilan atas pesanan, akan disimpan kejap buat panduan...asifah, diri ini lama menyepi, bukan menghilang apatah melupakan sahabat seperjuangan...komitmen studi yang kian mencengkam, terkadang hampir tenggelam, namun Dia ada sebagai Penenang... =) Sentiasa ada doa buat kak jibah tersayang, tiada jemu, tiada putus walau hingga ke desah nafas terakhirku... Moga kalian selalu dalam naungan cintaNya... bercambah lagi kasihNya, terus...

  4. By Jalan Menuju Kesejahteraan on December 25, 2008 at 11:38 PM

    Salam..

    Dulu..saya terasa hidup ini kosong.. Solat, puasa, segala amal ibadah semunya saya tidak tahu hala tujunya walaupun saya mengaku Tiada yang lain selain Allah dan kepadanya saya beribadah. Hati ini tertanya-tanya apakah ibadah siang dan malam selama ini diterima, atau semuanya dicampak kembali kemuka saya..

    Suatu hari, dengan hidayahnya, dari sesuatu sumber yg tidak diduga, kerana ada sifat ingin ditunjukkan kejalan benar (baca surah Muhammad ayat 17) saya dijawabkan dengan soalan-soalan yg selama ini bermain difikiran.

    Mulanya sya diajar mengenal siapa makhluk Allah, Siapa Manusia, Apa itu Agama islam, Siapa Ummat Islam, Siapa pula Orang Beriman, Siapa orang Mukmin, Siapa Rasullullah.. dan yang terpenting sekali..yang menjawab segala persoalan, saya diajar mengenai ilmu syahadah. iaitu Dua Kalimah Syahadah kembali kepada asas..

    Rupa-rupanya, patutlah rasullullah dahulu selama 13 tahun mengajar sahabat dengan 2 kalimah sebelum turun ayat mengajak kepada lain-lain ibadah.

    Dan barulah saya faham kenapa didalam alquran tidak ada ayat menyuruh orang islam bersolat,zakat,puasa.. tetapi semua ayat didalam alquran bermula dengan ya ayuhallazinaamanu. iaitu, wahai orang-orang beriman solatlah kamu, zakat lah kamu dan seterusnya...

    Allah itu maha mengetahui lagi maha bijaksana. dulu saya bersolat didalam keadaan saya islam..berpuasa dalam keadaan saya islam, berzakat didalam keadaan saya islam..sehingga ada ketikanya saya mengeluh, ada ketikanya saya ragu-ragu dengan apa yg saya kerjakan dan yang selalunya solat saya melayang entah kemana.....

    Sedangkan apa yang diminta oleh Al-quran ialah kepada orang beriman bukan pada orang islam...Begitu juga rasullullah yg mengajar sahabat untuk beriman dahulu..setelah itu baru lah dirikan solat dan ibadah-ibadah yg lain.

    Allah dan rasulnya lebih mengetahui dalam apa yang diajarkan.. rupanya kita ini tanpa iman, kita ini tidak lebih atau sama sahaja tarafnya dengan haiwan..mulia sikit sahaja.. iaitu manusia adalah haiwan yang bijak kerna dikurniakan akal.

    Rasul menagajar sahabat supaya jadikan diri mereka manusia dahulu..jadikan diri ini khalifah dahulu.. barulah disuruh beribadah kepada Allah. kerana selagi kita belum jadikan diri kita manusia (setakat haiwan yang bijak) kita tidak boleh masuk ke masjid apatah lagi beribadah kerana diri kita (luarannya bersih) tetapi diri yg dalam itu najis.

    maka dengan belajar kembali 2 kalimah syahadah, rukunnya dan amalannya, hari ini alhamdulillah tiada lagi persoalan dan keraguan yang timbul..timbul perasaan seronok bila beribadah..perasan ingin buat lagi, dan lagi...tiada keberatan lagi untuk saya bersolat siang malam.. tiada masaalah untuk saya berpuasa sepanjang tahun, tiada takut lagi untuk bersedekah lebih banyak..dapat beribadah kepadanya setiap saat..walaupun ketika tidur..("Mata ku tidur tetapi hatiku tidak pernah tidur" : Rasulullah)

    Dan yang paling saya bersyukur ialah, dibukakan pintu hidayah terus dari Allah kerana dialah sebaik-baik guru (Al-Alaq:5)

    Dulu saya solat hanya dengan memakai kain..tanpa berbaju..tanpa tutup kepala..(sampai begitu sekali adab orang islam kepada Allah)tetapi hari ini alhamdulillah sesungguhnya dialah yang memberitahu apa yg tidak diketahui manusia..saya diberinya pakai sarban dan jubah setiap kali solat siap ada wangi-wangian lagi...(ketika dirumah berseorangan je...nak pakai kat luar takut ter riak..blom sampai hidayah bab tu agaknya..) dan banyak lagi adab/cara hidup/akhlak yang datang tanpa perlu diajar sesiapa...secara automatik diperbetulkan semuanya seperti ada yang mengajar...

    sekiranya saudari mengalami apa yg berlaku kepada saya dahulu, adalah sedikit saya tuliskan didalam blog saya untuk gambarannya supaya saudari dapat memahami apa yg saya maksudkan insyaallah..

    tujuan saya bukan nak bangga diri atau tunjuk terrer..lagi pun bukan saudari kenal saya pun..ye dak? tapi niat tu cuma nak menyampaikan....supaya org lain juga dapat beribadah dalam keadaan seronok.. kalau ada jalan yang dah terang, saya tolong kabarkan..sedangkan yang membuka jalan itu sendiri ialah Allah.

    Belajar ilmu Tauhid, yang kekal hanya Allah, kita binasa.

    Belajar Ilmu Syahadah, yang kekal Allah, kita sejahtera.(Baca surah Al-mukminun:1)

    z.z
    mukminblog.blogspot.com

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar