3rd check-up
Written by Najibah Mustaffa on 2:17 PMJumaat yang damai. Ini check-up kali ke-3. Alhamdulillah, kandungan sudah pun berusia 21 minggu. Dah terasa gerak-gerak halus baby dalam perut, especially time mengajar.’Gerakan’ manja yang membuatkan rasa sayang padanya makin bertambah. Naluri seorang ibu. Dan selalunya baby bergerak agak aktif pada waktu malam. Masa nak tidur tu la, dia ni bangun. Huhu…
Biasanya saya seronok pergi check-up, sebab nurse baik-baik, lemah –lembut (walaupun gomen punya). Dan saya suka dapat ilmu baru setiap kali check-up, terutama tentang penjagaan kesihatan sepanjang kehamilan. Tapi hari ini, saya agak sedih, sebab 2 perkara yang saya bimbangkan menjadi kenyataan.
Pertama, paras Hb saya masih rendah. Kali pertama 10.2g/dl, kali kedua 9.5g/dl, kali ketiga 9.8g/dl dan pagi tadi, 9.9g/dl. Saya dimaklumkan bahawa paras Hb normal untuk ibu hamil adalah sekurang-kurangnya 12g/dl. Sudahnya, saya dalam pemerhatian Dr., dan Dr. suspect saya menghidap Talasemia!. Apapun ia bergantung kepada keputusan FBP yang akan diperolehi nanti. Saya mohon perlindungan Allah daripada sebarang penyakit yang memudaratkan, dan semoga saya dan anak dalam kandungan ini diberi kesihatan yang baik, dan dimudahkan untuk bersalin nanti.
Kedua, pertambahan berat badan yang agak banyak (walaupun berat sekarang masih kurang daripada berat badan saya sebelum pregnant dulu), saya terpaksa menjalani ujian OGTT atau biasa disebut sebagai ‘minum air gula’ pada 19 Mac nanti. Alahaiiii…….
Dan, saya perlu berusaha untuk ‘jaga’ dua masalah saya ini, dan check-up akan datang pada 3 April 2009.
Tadi, buat kali pertama saya mendengar degupan jantung anak dalam kandungan ini. Alhamdulillah, normal. Terasa ingin mengalir airmata ini, mengingatkan kebesaran Allah s.w.t yang menciptakan manusia dengan prosesnya yang begitu terseni, dan bila terkenangkan ‘sukarnya’ untuk menjadi ibu, fasa alahan yang memeritkan, dan pelbagai lagi kesakitan, kepenatan yang terpaksa ditempuh, masyaAllah. Teringat mak di kampung. Besarnya jasa mak. Dan pagi tadi juga, baby di ‘scan’ untuk kali keempat, Alhamdulillah, semuanya baik, normal.
Di usia kandungan 5 bulan ini, sakit-sakit pinggang, lenguh seluruh badan, rasa mengah, semput dan selalu ‘krem’ kaki membuatkan pergerakan saya agak terbatas dalam setiap apa yang dilakukan. Setelah seharian penat mengajar, malamnya saya keletihan. Rasa bersalah bersarang dihati kerana urusan rumahtangga kurang sempurna. Syukurlah kerana suami tersayang memahami dan ringan tulang melakukan semuanya sendiri.
Apapun, fasa ini adalah fasa yang terindah untuk dilalui. Dan sudah pasti, ianya kenangan yang sangat manis untuk diabadikan.
Ya Allah, sentiasalah kami dalam perhatianMu. Dakaplah kami dengan rahmat dan kasih-sayangMu.
2 comments: Responses to “ 3rd check-up ”
By Anonymous on March 6, 2009 at 8:41 PM
Perghh..minum air gula mmg dashat.. tapi nti kan suke air maneh letinggg.. leh gi agi la insyaAllah... hehehe.. dont worry, nothing horrorla minum air gula... kembang tekak aje :)
By Faiz Faiza on March 13, 2009 at 6:24 PM
Thalassemia ? jangkaan je tu psl hb rendah...