Bai'ah Pertama: Peringatan Buat Diri Yang Lupa
Written by Najibah Mustaffa on 10:21 PMKetika bersembang (berusrah) dengan suami semalam, hati dijentik dengan tazkirah. Bercerita, berbincang tentang bai'ah (perjanjian), saya seperti biasa, excited memberi pandangan dan penerangan.
Tiba-tiba suami bertanya, "apa bai'ah pertama?".
Saya diam.
"Masa Allah nak jadikan ruh, kita sudah berbai'ah. Alastu birabbikum qaalu bala shahidna..". Bila ruh ditanya adakah ia mengakui bahawa Allah sebagai Rabb, jawab ruh.."kami bersaksi (mengakui)."
Dan, setiap hari kita berbai'ah dengan Allah,dalam solat. Inna solati wanusuki wamahyaya wa mamati lillahi Rabbil 'alamin...". Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku, adalah kerana Allah Tuhan sekalian alam.
Bai'ah yang dilafazkan setiap hari tu pun ada manusia yang lupa, masih ada yang langgar bai'ah.". Kata suami mengakhiri 'tazkirah'nya.
Saya terkedu. Benar, di kampus saya sudah biasa dengan usrah, halaqah, ceramah. Namun, tazkirah suami tentang bai'ah pertama ini benar-benar menjentik hati. Syukur padaMu ya Allah, atas kurniaan - seorang 'teman' yang memancarkan.
Betapa saya ini terkadang lalai, tewas mengemudi hati. Lupa tentang perjanjian kita dengan al-Khaliq. Sesungguhnya iman itu perlu sentiasa disuburkan, hati perlu sentiasa diberi peringatan. Ya Allah, terima kasih atas 'peringatan' yang Engkau berikan, melalui kalam dia, seorang suami.
Siapalah kita ini, HANYA DITARAF HAMBA.
0 comments: Responses to “ Bai'ah Pertama: Peringatan Buat Diri Yang Lupa ”