Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

“Yea yea…kita sesat!”

Written by Najibah Mustaffa on 4:17 PM




Upin & Ipin: "yea yea..kita sesat. Eh, rajoo..sesat tu ape?"

Rajoo: “ayoo..sesat tu kita tak boleh balik rumah laaaaa..”

Sakit perut saya menahan gelak menonton filem Geng malam tadi. Terasa baby dalam perut turut sama gelak, bergerak-gerak sepanjang 1 jam 35 minit tayangan. ‘Demam panas’ suami saya harap-harapnya dah kebah bila dapat menonton Geng malam tadi.

Bersemangat. Balik kerja, kami bersiap untuk keluar ke Berjaya Megamall, solat Maghrib dan makan malam di sana. Kali pertama saya masuk panggung wayang.

“Apa hukum masuk panggung wayang?”. Tanya seorang pembaca dalam sebuah majalah.

“ Masuk panggung wayang menempah tiket ke neraka.” Jawab Ustaz.

Itu yang pernah saya baca masa di awal sekolah menengah dulu. Kira-kira 10 tahun yang lepas.

Saya bincangkan perkara ini bersama suami. Teragak-agak juga untuk masuk panggung. Tak pernah!.

Kesimpulan kami, berdasarkan ilmu yang tak seberapa, menonton filem di panggung wayang hampir tiada beza dengan menonton tv di rumah.

Sekiranya menonton itu mendedah kepada yang haram, sebagai contoh bagi pasangan kekasih yang mengambil kesempatan dalam gelap untuk berpegangan tangan, berbuat maksiat, ataupun menonton itu sehingga melalaikan waktu solat, dan filem yang ditonton itu melalaikan, menyeru kepada maksiat, hukumnya jelas – HARAM. Teringat saya akan satu kaedah fiqh – “apa yang membawa kepada haram, maka ia adalah haram.”.

Filem malam tadi bagi saya menghiburkan. Sesekali bergelak ketawa itu melepaskan tekanan. Dan, sudah pasti malam tadi, filem Geng berjaya menarik pelbagai peringkat umur untuk datang menonton. Lihat saja dari penonton yang hadir - dari kalangan kanak-kanak sehinggalah makcik pakcik yang sebaya mak dan ayah saya.
Memang best!

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 3 comments: Responses to “ “Yea yea…kita sesat!” ”

  2. By Muna 'Izzah Fadzil on February 27, 2009 at 5:56 PM

    yea yea,, aku suke,, aku suke..

  3. By Zurina on March 1, 2009 at 11:47 AM

    ala..jelesnya...kita tak smpat tgk lagi..nak kawen ni busy tul la....ingat nak tgk mid nite movie smlm ngan budak2 sekolah..tapi tak kesampaian lagi! huhuhu

  4. By Mas on March 3, 2009 at 3:30 PM

    yeah..mas tgk dah, dgn geng2 az, faiz, along and ekin..best..betul betul betul!

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar