Dinner @ Ayouthaya
Written by Najibah Mustaffa on 11:05 PMJumaat yang damai.
Sepanjang hari di kolej juga mendamaikan. Saya tenang mengadap laptop, dan buku-buku serta artikel yang berselerakan atas meja, menyiapkan bahan pengajaran untuk minggu depan. Jumaat selalunya hari preparation mengajar, sebab tiada kelas.
Abang YM, ajak dinner malam ni di Ayouthaya, Sungai Isap. Yea!!! Tak payah masak. (Bahagia jugak rasanya bila sesekali dapat cuti dari memasak..hehehe).
Usai solat maghrib, kami keluar rumah. Perut sudah berkeroncong dengan hebatnya. Tengahari tadi, saya hanya lunch dengan 2 keping tauhu sumbat sebab makanan di cafe dan habis, gara-gara ralit buat kerja.
Menu kami malam ni: Ikan siakap masak stim limau, kailan ikan masin,sotong celup tepung, sambal belacan, nasi putih, air barli dan carrot susu. Nyum! Memang tak rugi datang sini, dan harganya pun Nyum! Hehehe..tak pelah, sekali sekala. Bukan selalu makan kat luar. Walaupun saya sokmo rasa 'sayang duit' (walaupun duit abang), sebab harga sekali makan berdua tu, dah menyamai jumlah perbelanjaan dapur kami untuk seminggu!
Apapun, credit to abang mie dan kak mihah, my cousin yang memperkenalkan restoran ni kepada kami, selain warung zuriana yang terkenal dengan tom yam nya yang sangat kaw!
Alhamdulillah, atas nikmat dan rezeki yang dikurniakan.
Abang, terima kasih daun keladi. Lain kali boleh la belanja lagi. :)
0 comments: Responses to “ Dinner @ Ayouthaya ”