Jawab Tag
Written by Najibah Mustaffa on 9:48 PMAssalamualaikum semua!
Masalah blog saya (tak dapat nak posting sejak seminggu lalu) telah berjaya diatasi. Terima kasih to my hubby yang menyelesaikan masalah ini.
Setelah sekian lama, hari ni baru berpeluang menjawab tag dari kak hanifah.
Rule nya:
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda
Saya tak pasti apa masalahnya, saya gagal untuk letakkan badge tu di sini. Hmmm...
2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
Pemberi award ni : Kak Hanifah Sazali, senior saya di UM, mula mengenali beliau di UM Nilam Puri.
3. [Papar Semua] Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).
Hmmm, ni macam test untuk kenal diri sendiri je..10 fakta / hobi saya yang telah dikenalpasti:
1. Baru 5 bulan bergelar isteri kepada Nor Hisham bin Ahmad dan bakal bergelar ibu lebih kurang 4 bulan lagi, insyaallah.
2. Saya seorang yang peramah (err... banyak mulut), manja (kadang-kadang mengada-ngada dengan orang yang betul rapat, e.g husband dan family), tapi suka pendam perasaan pada sesuatu perkara.
3. Suka sangat berhujah, berdiskusi, berbincang especially pasal ilmu-ilmu agama dan isu-isu semasa. Masa baru-baru kawin, sokmo kena 'tegur' dengan husband pasal sikap yang kadang2 tak bagus ni (bila terlalu excited). Sekarang dah berhati-hati, takut kena 'sound' lagi. huhuhu
4. Hobi mengemas dan menghias rumah (termasuk mengalih kedudukan perabot), ini boleh tanya mereka yang pernah duduk satu rumah sewa dengan saya. hehehe, tapi sejak pregnant ni, semua tu dah jarang buat sebab tak larat.
5. Walaupun termasuk dalam kategori manja, sensitif dan bla-bla (tengok karektor orang yang lahir bulan Oktober menurut kajian fadzillah kamsah), tapi saya adalah seorang yang sangat susah untuk mengalirkan airmata.
6. Tak suka sangat tengok TV. Kalau tengok pun, berita, wanita hari ini, al-kuliyyah dan cerekarama! (tapi cerita yang best je la...)
7. Cita-cita yang sangat dekat di hati, nak sambung master dan phd, dan menjadi manusia terhormat kerana ilmu. Allahumma sahhil umuurana.
8. Dulu tak la pandai masak sangat, tapi since kahwin ni, saya suka baca buku resepi,dan suka masak. Tak tau la sedap ke tak, err..kena tanyamy husband...
9. Berkongsi hobi dengan suami iaitu suka dekorasi rumah dan...menyanyi. opss!
10. Seorang hamba Allah, yang sentiasa berazam setiap hari untuk akrab dengan al-khaliq, seorang anak yang ingin terus menjadi anak yang solehah, dan seorang isteri yang seboleh mungkin ingin menjadi bidadari yang sentiasa menggembirakan hati suami.
Nak tag siapa ye?
1. Hairin
2. Faiz Faiza
3. Ummu Hani
4. Mastura Mama Hana
5. Adik Nur
6. Mas Alina
Anda yang terpilih..silalah ye..:)
2 comments: Responses to “ Jawab Tag ”
By Zurina on March 21, 2009 at 2:28 PM
betul, betul, betul....
By Faiz Faiza on April 2, 2009 at 7:30 PM
jawab tag, kemudian sikit yer....ada 2lg tag faiz xjwb, huhu