Barakallahu lak!
Written by Najibah Mustaffa on 1:14 PM28 Julai 2007 (Sabtu)
Felda Lui Selatan 2, Jempol, Negeri Sembilan
************
Selamat Pengantin Baru buat adik saya, Nor Rosnita Gani dan suami, Ustaz Mohd Nur Azwan. Gadis 'nogori' bertemu jodoh dengan 'awe kelate'. Alhamdulillah. Bumbung JAKIM telah menjadi asbab kepada pertemuan mereka, merealisasikan janji Allah di Luh Mahfuz yang sejak sekian lama telah mencatatkan jodoh mereka berdua.
Semoga berbahagia hingga ke syurga. Siiru 'ala barakatillah
Jauh rupanya Jempol ni, sudah penghujung negeri, bersempadan dengan negeri Pahang. 3 jam kami menempuh perjalanan, bersama ahli rombongan: shahid, yati bashir, aisyah dan sham. Dan saya, selaku orang paling tua diminta menjadi co-pilot shahid.
Sepanjang jalan saya menekuni pelan ke rumah pengantin. Bimbang tersesat. Alhamdulillah, urusan kami dipermudahkan. Sampai juga ke rumah pengantin. Pertama kali saya sampai ke negeri sembilan, dan pertama kali juga menghadiri majlis kenduri 'orang nogori'. Mak aii..'podaih' nye masak 'lomak'.
Di rumah pengantin, bertemu sahabat satu batch - aisyah. Rasanya ini kali pertama kami bertemu selepas konvokesyen pada tahun 2005. Rupa-rupanya masih ada cerita yang belum padam, khabar angin masih bertiup.. penat saya membuat penjelasan. Menjelaskan keadaan. Saya pun tak pasti dari mana punca. Ini bukan kali pertama saya ditanya soalan sebegini, tapi sudah berkali-kali. Inilah bahayanya dengar cakap-cakap orang. Hmmm...
Kami meninggalkan felda lui selatan 2. Sepanjang jalan 'bertemu' Ifa Raziah si penyanyi dangdut, kumpulan rock XPDC dan Kristal. Poster-poster konsert artis-artis ini tertampal di mana-mana. Hati saya sedih. Ini kah pengisian bagi masyarakat felda?
Sambil mengomel di dalam kereta, tiba-tiba terjumpa "tuan guru haji hadi", walaupun poster tentang ceramah beliau hanya 1 berbanding 15 poster artis-artis tadi, tapi cukup membuatkan hati saya sejuk kembali. Sekurang-kurangnya masih ada penawar ilmu dalam racun hiburan yang sudah tidak mengenal batas. Bukan hanya warga kota ada hiburan, kampung pedalaman dan felda juga tak kurang hebatnya!
1 comments: Responses to “ Barakallahu lak! ”
By Unknown on August 15, 2007 at 1:33 AM
Assalamu'alaikum Cik Najibah.
Kalau boleh encik iwan turut berdoa, semoga adik Cik yaitu Nor Rosnita Gani dan suami menjadi keluarga yang sakinah,mawadah dan warahmah.
Keluarga yang selalu dicintai dan mencintai Allah dan rasulnya, dan semoga kedua pasangan selalu banyak rezeki dan amalannya disisi Allah.
Bukankah pernikahan sunatullah, bagi mereka yang sudah mampu baik lahir maupun batin, dan dalam keluarga Allah akan membukakan dan melapangkan pintu rezeki yang sangat luas bagi mereka yang paham.
What is "barakallahu lak", cik?
Salam saya buat selalu buat kedua
pasangan cik Nor dan suami.
wassalam
iwan Kurniawan