Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Iqra' Bismi Rabbik!

Written by Najibah Mustaffa on 1:11 PM




" Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhan-mu yang menciptakan. Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah. Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya." (al-'alaq: 1-5)

Minggu ini 'otak' saya agak penat. Selain bertungkus-lumus menyiapkan appraisal form untuk year-end review and appraisal, ada beberapa tugasan penting dan segera di pejabat yang perlu diselesaikan.

Dan, minggu ini juga, setiap malam jadual saya penuh dengan perjumpaan dan mesyuarat bagi beberapa projek untuk komitmen saya di luar waktu pejabat. Malam tadi, mesyuarat berakhir jam 1.00 pagi. Setelah mengemas bilik dan menguruskan keperluan peribadi, 2.30 pagi baru lah boleh melelapkan mata.

Dan, situasi sibuk inilah yang menghambat saya kini...

Kesibukan saya sejak kebelakangan ini sedikit 'menjauhkan' saya dengan buku. Saya sudah mula kurang membaca. Rasanya otak saya beku, lesu, tidak bermaklumat. Meja saya di pejabat yang seolah-olah sebuah perpustakaan mini, di penuhi buku-buku dalam pelbagai disiplin ilmu, selain fail-fail tugasan, dan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan tugasan 'research saya.

Sejak akhir-akhir ini, saya memang suka membeli buku. Dan, saya tidak lokek untuk mengeluarkan duit untuk mendapatkan buku yang saya hajati, terutama berkaitan takaful dan sistem kewangan Islam. Saya perlu rajin membaca, untuk memahamkan banyak perkara. Dan ini sangat penting untuk saya melaksanakan tugasan 'research' di pejabat.

Dan hari ini, saya membeli dua lagi buku baru yang diterbitkan oleh IBFIM berkaitan kewangan Islam. Bertambah lagi koleksi. Tapi, bila saya nak baca semua buku-buku ni? Rasa tertekan timbul dalam diri .Saya memang ingin jadi orang berimu, bukan untuk mendabik dada, tapi untuk bekal saya di hari muka. Dan, saya ingin jadi manusia yang memberi, bermanfaat kepada manusia lain. Mudah-mudahan ilmu yang dimanfaatkan oleh manusia lain itu, akan menjadi pengirim pahala berpanjangan kepada saya bila sudah di alam sana nanti.

" Kita sebagai umat Islam perlu memaksimumkan penggunaan akal yang diberikan Allah "

Kata-kata ustaz zaharuddin ketika saya mengikuti kursus solat anjuran beliau tidak lama dahulu terngiang-ngiang di telinga.

Mahu tidak mahu...
Saya perlu memaksa diri
Untuk mencari ruang masa untuk membaca
meneliti, mentafsir...

Untuk terus meneroka khazanah ilmu, yang diajarkan Tuhan melalui pena.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 2 comments: Responses to “ Iqra' Bismi Rabbik! ”

  2. By Unknown on August 16, 2007 at 12:11 PM

    Andaikan saja jarak malaysia hanya 1jam saya berjalan kaki, maka saya akan datang ke tempat cik untuk meminjam buku-buka colection islam punya cik. Saya, kebetulan suka membaca buku2 berkaitan dengan dunia islam dan juga beberapa colection buku skill with people and marketing.

    bolehkan cik najibah saya pinjam buku2 nya...?

    wassalam

    iwan kurniawan
    solo, central java - Indonesia

  3. By Unknown on August 17, 2007 at 8:07 AM

    sungguh suatu kaum tidak akan maju dan menjadi bodoh bila mereka tidak mau membaca, begitu pula suatu negara akan terbelakang dari negara2 lain.

    membaca adalah tempat sumber ilmu, jadi bila kita banyak membaca pastilah kita menjadi kaya ilmu.
    Nabi Asw bersabda :
    "Barang siapa mempelajari satu bab ilmu dengan maksud mengajarkan kepada orang, maka diberkan kepada nya pahala tujuh puluh Nabi".

    wassalam

    iwan kurniawan
    solo-cenral java, Indonesia

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar