Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Destinasi Yang Pasti...

Written by Najibah Mustaffa on 1:08 PM


Pulang ke kampung kali ini, ada rasa gembira yang memenuhi segenap ruang hati. 2 hari bersama keluarga dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Walaupun demam dan batuk agak teruk, nikmat berada di samping mak dan ayah ketika sakit begini, ada yang menjaga. Alhamdulillah, memandang wajah mak dan ayah menerbit semangat yang halus dari dalam diri.
Dan, kepulangan kali ini juga, ada rasa hiba dan duka. Tok Ki Long, tok saudara sebelah ayah yang juga merupakan 'tok guru' mengaji al-qur'an saya telah pulang menghadap Allah SWT pada 21 Julai 2007 jam 6.00 petang.
Terkilan kerana saya tidak sempat bertemu beliau pada saat akhir. Kali terakhir saya bertemu beliau pada pagi 23 Mei 2007 - sebelum saya berangkat ke tanah suci Mekah. Ketika itu, beliau sudah tidak lagi mengenali saya.
Setelah berbulan-bulan terlantar sakit, akhirnya beliau menghembuskan nafas terakhir di rumahnya pada usia lebih 100 tahun!
Jasanya mengajar saya alif, ba, ta..dari tidak mengenal apa itu huruf hijaiyyah, tergagap-gagap membaca baris, culas-culas membaca al-qur'an, sehinggalah saya khatam al-qur'an, dan hari ini boleh mengajar al-qur'an kepada staff di pejabat saya (walaupun masih banyak yang perlu saya belajar), semua itu tidak termampu saya membalasnya, semuanya tetap dalam ingatan. Dan semoga ilmu yang saya manfaatkan ini hasil dari tunjuk ajar beliau, mengirimkan pahala berterusan kepadanya di alam sana.
Semoga Allah mencucuri rahmatNYA di alam sana.
Kita yang tinggal perlu terus memperbaiki amal, semakin hari, semakin hampir ke destinasi yang pasti. Kita sudah tentu tidak mahu berpindah ke alam sana dalam keadaan terpinga-pinga, tidak cukup persediaan. malunya kita di depan Tuhan, andai pulang tanpa membawa sebarang bekalan.
Dunia yang ramai manusia mabuk kerananya ini, sangat singkat perhitungan masanya berbanding alam barzakh dan alam mahsyar yang terpaksa di tempuh nanti. Apalah gunanya dikorbankan alam yang lebih panjang dan kekal itu dengan kealpaan di dunia yang hanya sementara ini?
Cukuplah mati itu sebagai suatu peringatan.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 0 comments: Responses to “ Destinasi Yang Pasti... ”

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar