Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Berteman Sepanjang Jalan

Written by Najibah Mustaffa on 6:19 PM


“Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu kerana nikmat Allah orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”
(Ali - Imran:103)
Zaman kampus hampir 2 tahun saya tinggalkan. Kampus yang terlalu banyak kenangan pahit manisnya. Kampus yang mengenalkan saya erti perjuangan, dan berada dalam 'acuan' perjuangan inilah yang mendewasakan saya dalam banyak keadaan.
Sesekali, terkenang saat-saat indah bersama sahabat seperjuangan. Bergerak dalam saff yang satu, matlamatnya padu. Susah senang dirasa bersama.

Indahnya ukhuwwah


Rapat Umum: Selepas MPMUM, PMIUM dan PMAPIUM mengadakan pertemuan dengan TNC HEP ekoran isu pembuangan beramai-ramai pelajar API dari kolej.

PMIUM melawat Pejabat Mufti Perak (Julai 2005)

Tapi, itu dulu. Ketika kita masih sama-sama muda, tiada komitmen yang terlalu besar. Ketika itu, kita masih pelajar.
Kini? Saya masih menanti sahabat-sahabat saya yang dulu. Untuk terus berteman sepanjang jalan perjuangan...yang masih panjang.
ISLAM menanti pemuda dan pemudinya untuk terus berjuang!!

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 0 comments: Responses to “ Berteman Sepanjang Jalan ”

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar