Saya bahagia kalau mereka gembira
Written by Najibah Mustaffa on 3:36 PMSudah lebih seminggu saya begini. Hati tak keruan, fikiran bercelaru, kurang bersemangat, banyak diam...ahli rumah saya pun perasan perubahan ini. Ini semua merupakan petanda 'bateri' hati saya dah 'weak', perlu dicas semula. Masalahnya 'charger bateri ' saya ni jauh di Terengganu. Saya perlu balik kampung!
Beginilah saya, anak tengah dalam keluarga. Hati sentiasa terikat dengan kampung halaman. Sudah lama rasanya tak balik kampung, sejak datang KL selepas menunaikan umrah, saya masih belum berpeluang menjenguk mak ayah di kampung. Rindu? Mungkin..walaupun hampir setiap hari saya menelefon mak ayah di kampung, bertanya khabar, tapi suara dua insan mulia yang menjadi 'asbab' kepada wujudnya saya di dunia ini yang hanya kedengaran di corong telefon hanya mampu meredakan resah saya seketika cuma.
Ayah kurang sihat, asyik bertanya bila nak balik kampung. Dah 2-3 kali saya menangguhkan kepulangan ke kampung. Atas alasan padat dengan program. Dan kali ini, saya tidak mampu berdalih lagi.
Walaupun hujung minggu ini saya perlu menghadiri satu program yang SANGAT penting. Tapi saya perlu membuat keputusan ini, bersama keluarga lebih 'awla' bagi saya buat masa ini. Mungkinkah saya tidak memahami awlawiyyat dalam gerakan Islam? Atau saya kurang tadhiyyah?
Hmm..Susah untuk saya terangkan apa yang saya rasa. Tetapi, inilah saya...kegembiraan mak ayah saya adalah kekuatan saya, bateri saya. Bila sudah lama bateri ini tidak dicas, saya kadang-kadang seperti hilang arah. Saya tidak boleh menjadi seperti orang lain, yang kuat semangatnya walaupun sudah berbulan-bulan tidak menjenguk orang tua, saya tak mampu untuk itu.
Kerana, selama hari ini, saya berjalan, meneruskan hidup atas rahmat Allah dan keredhaan mereka berdua. Suka dan duka, ujian dan cabaran dalam hidup ini kebanyakannya dapat saya atasi dengan berkat doa mereka berdua. Dan, saya ingin terus mengecapi kemanisan berada dalam rahmat Allah dan redha ibubapa saya..sampai bila-bila...
Saya ingin menebus kembali hak-hak mereka yang tidak saya tunaikan ketika saya di alam kampus dulu, ketika mana saya sibuk berpersatuan, dengan perjuangan, sehingga jarang menjenguk mereka di kampung halaman. kadang-kadang sahaja bertanya khabar, dan acapkali mak kecil hati atas banyak perkara.
Saya terlalu mentah ketika itu untuk menyeimbangkan antara perjuangan dan tunaikan hak seorang anak pada ibubapa, ini bukan salah perjuangan, salahnya saya yang terlalu ghairah berjuang. Ya, ketika itu saya dangkal pengalaman. Cetek pengetahuan..
Dan, saya sedar..sebagai seorang anak perempuan, masa bersama keluarga tidaklah begitu banyak. Tamat belajar, kemudian bekerja..seperti saya sekarang. mungkin ketika ini ada sedikit ruang masa untuk berbakti kepada orang tua. dan mungkin selepas ini saya akan menjengah alam rumahtangga, dan tanggungjawab serta komitmen saya bakal beralih.
Semoga keputusan yang saya ambil ini tepat. Saya mohon maaf pada semua team NISA' kerana tidak dapat bersama dalam program hujung minggu ini. Saya doakan semuanya berjalan lancar. Dijah, thanks sebab sudi take over tugasan saya untuk hujung minggu ini.
Ya Allah, kurniakanlah kepadaku kesempatan, untuk terus menjadi anak yang berbakti. Amin
1 comments: Responses to “ Saya bahagia kalau mereka gembira ”
By cinta madinah on July 25, 2007 at 12:53 PM
salam kak jibah.
ummu makin rasa bahangnya tanggungjawab..aduh!!