Seminar Cadangan Cuti Iddah
Written by Najibah Mustaffa on 3:30 PM Bergambar di depan rumah che' da, Ketereh
13-15 Julai 2007: Cuti Hujung minggu di Kelantan.
Team MUSLET kali ini 'bercuti' di Kelantan. Hasil kajian kami berkenaan cuti iddah kepada balu kematian suami bagi kakitangan wanita kerajaan negeri kelantan hampir selesai. Dan, bagi tujuan mendapat respons daripada rakyat kelantan sendiri, satu seminar diadakan khusus untuk membuka ruang kepada sebarang komen dan penambahbaikan. Alhamdulillah, maklumbalas yang diterima hampir 95% positif, dan ramai perwakilan yang meminta agar cadangan ini diperkemaskan terutama dari sudut perlaksanaan.
Kami team MUSLET sebagai 'researcher' bagi cadangan cuti ini hanya diminta untuk menjadi juruacara majlis dan pencatat sepanjang program berlangsung. Pelaksana program utama terdiri daripada kakitangan UPWNK. Tenaga MUSLET seramai 6 orang yang datang dari KL diagih-agihkan tugas. Dan seperti selalu-selalunya, kali ini saya diminta menjadi moderator bagi setiap siri pembentangan.
Sebenarnya saya langsung tidak bersedia, dan tidak begitu memahami 'flow' program, gara-gara tidak pernah menghadiri meeting berkaitan seminar sebelum ini. Selepas tarik-tali dengan che'da, akhirnya saya berjaya memohon belas ihsan untuk tidak menjadi moderator tetap. Saya dan wanie hanya membantu sebagai 'moderator' di 'floor' ketika sesi soal-jawab bersama peserta (ala-ala forum ehwal islam gitu). Dan che' da akhirnya menggalas tugas sebagai moderator di atas stage, walaupun berkali-kali mengatakan dia tidak bersedia, tetapi performance nya bagus dan wajar dipuji.
Seminar 1/2 hari di Hotel Perdana membabitkan pembentangan oleh YB Dato' Ahmad Daud Iraqi dan YB Senator Mumtaz, sesi soal-jawab dan perasmian penutup oleh YB Abdul Fatah. Alhamdulillah, bertambah lagi kantung pengalaman.
Respons saya tentang cadangan cuti ini: "Bertuahnya wanita kelantan!"
Dan, kesempatan turun Kelantan kali ini, saya berpeluang singgah ke rumah che'da. Dah lama tak menziarah, terkejut tengok adik bongsu che'da 'Balqis' yang makin besar dan comel, sangat rajin mengemas rumah. sudah 6 tahun rupanya balqis. Menjenguk 'mok' - nenek che' da yang sudah uzur, tapi masih boleh bersembang dengan kami. Dan sarapan pagi di warung 'tok ngulu aziz' dengan menu nasi dagang, roti canai dan air teh 'kaww' che' da.
Juga singgah di rumah kak ros - mengenali keluarganya, akhlak orang kelantan meraikan tetamu menambat hati saya.
Penat! menapak dari hotel perdana ke MPKB semata-mata untuk ber'shopping'!
Selepas seminar ini, baru ingin menarik nafas lega..tiba-tiba dapat lagi satu assignment. Senator mumtaz @ kak taz bagi tugas baru, Huhh!! inilah gayanya bekerja di bawah 'senator dewan negara'.
Ya Allah, berikan aku kekuatan untuk terus menyumbang kepada ummah. Amin

0 comments: Responses to “ Seminar Cadangan Cuti Iddah ”