Long way to go...
Written by Najibah Mustaffa on 3:05 PMPagi ni agak mengantuk di ofis. Malam tadi tidur lambat, sebab habis meeting lambat, singgah minum dan makan nasi lemak, bincang-bincang dengan kak mas...tak sedar dah masuk pagi Jumaat.
Selepas meeting NISA' malam tadi, saya berpeluang bertemu dengan group Peguam Pembela Islam dan mendengar sedikit taklimat dari mereka tentang gejala murtad. Antara isu yang dibangkitkan ialah kes lina joy, interpretasi perkara 11 Federal Constitution, tafsiran melayu, dan banyak lagi.
Dan antara peguam yang hadir - nama-nama hebat seperti Zainur Zakaria, Zulkifli Nordin dan Pawancheek Marican. Satu keberuntungan dapat berjumpa mereka dan berdiskusi dalam satu majlis, walaupun tak lama. Pawancheek masih mengenali saya (ketika saya menjadi Pembantu Penyelidik bagi projek wakaf UM-YADIM dari Mei 2005-September 2006, beliau merupakan salah seorang panel penyelidik bagi projek tersebut)
Bidang undang-undang yang semakin hari semakin jauh saya tinggalkan, semenjak berkecimpung dalam bidang Mu'amalat - pertemuan malam tadi benar-benar mengingatkan kenangan saya ketika menjadi pelajar JSU di UM dulu. Batch JSU sesi saya memang best! Dan alhamdulillah, produk JSU kebanyakannya 'menjadi'. Ramai yang sudah masuk ke track undang-undang samada menjadi hakim atau pun lawyer, ada yang menempatkan posisi sebagai pegawai hal ehwal islam dalam sektor kerajaan, pegawai syarikat swasta seperti ARB, ada juga yang menjadi perunding hartanah...masing-masing ada karier yang baik.
Dan saya?sedikit 'lari' dari track undang-undang, tetapi masih dalam kerangka Syariah. Dan, beralih bidang ini - saya bermula dengan sedikit perit, perit kerana seperti 'tidak tahu apa-apa' mengenai bidang mu'amalat. Mujurlah suasana kerja sangat mendorong saya untuk belajar, dan sehingga ke hari ini, saya masih belajar.
Insan-insan berjaya di sekeliling saya - sentiasa saya jadikan pembakar semangat.
"Menjadi insan mulia dan terhormat kerana ILMU " - motto hidup saya dan bestfriend : PUAN Hairin, sentiasa disebut-sebut, diingat-ingat, agar semangat ini tidak terkubur begitu sahaja.
Apapun, "long way to go". Ayuh sediakan bekal!!
1 comments: Responses to “ Long way to go... ”
By Ummu Hani binti Abu Hassan on July 17, 2007 at 12:28 PM
kak bah!
nape semalam cam bad mood je? hehe..
ummu pun penat je sekarang ni..tak cukup vitamin!