Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Hati terbang lagi.....

Written by Najibah Mustaffa on 12:02 PM

Saudi Arabia Airlines
25 Mei 2007 : K.Terengganu - K.Lumpur - Riyadh - Jeddah
02 Jun 2007 : Madinah - K.Lumpur - K.Terengganu

Panas terik padang pasir : Di ladang unta, Mekah

Sebetulnya, saya ingin mengabadikan semua kenangan di tanah suci Mekah dan Madinah dalam catatan, sebab saya mahu ingat semua kenangan-kenangan itu. Kata mak dan ayah, kenangan di Mekah dan Madinah susah nak hilang, walaupun dah bertahun-tahun ditinggalkan. Saya berdoa agar saya juga begitu, semoga kenangan ini akan tetap dalam hati, fikiran dan sanubari saya. Biarlah makin rindu, biarlah bertambah cinta, mudah-mudahan rindu dan cinta ini juga yang akan membawa saya ke sana semula. InsyaAllah.

Dan hari ini..hati terbang lagi ke Haramain.....

RASA HAMPIR DENGAN BAGINDA

Peluang menziarahi tempat bersejarah tinggalan baginda Rasulullah menjadi ruang muhasabah bagi saya. Jauhnya jarak antara kota Mekah dan Madinah, mengambil masa hampir 6 jam dengan menaiki bas membawa ingatan saya kepada peristiwa Hijrah Nabi. Tanah haram yang kering kontang, merentas padang pasir yang panas terik di waktu siang, dan sejuk yang mencengkam di waktu malam, bahaya diintip kaum kafir quraisy...perjalanan yang jauh dan tentunya sukar...masyaAllah, hebatnya pengorbanan seorang Nabi! Saya yang selama ini pernah berdolak-dalih dengan perjuangan, sering kalah dengan kepenatan, mengambil ini semua sebagai 'ibrah, bahawa kita ini menyambung tugas mulia seorang Nabi.

Mendaki Gua Sajadah - berpijak di tempat berpijaknya Nabi, dengan kesan lekuk tapak kaki Nabi yang mulia pada batu, masih jelas kelihatan. Bersujud di tempat sujudnya Nabi..kesempatan ini....tiada apa yang termampu saya ucapkan. Alhamdulillah...

Dan bersolat di Masjid Nabawi, dan menziarahi Baginda di Raudhah....saya rasa kerdil. Ketika itu, rasa hampir dengan Baginda, memang tidak pernah bersua, dan tidak dapat membayangkan bagaimanakah rupa paras Baginda yang mulia...Air mata laju..

Aku kini hampir denganmu Ya Rasulullah, berada di satu taman dari taman-taman Syurga..dan, aku juga ingin hampir denganmu ketika di perhitungan Mahsyar kelak. Ya Rasulullah, aku mohon syafaatmu...

Assalamualaika Ya Rasulallah...

BAHAGIA SEORANG ANAK

Memimpin tangan mak setiap kali tawaf, sa'ie, menuruni dan menaiki tangga di masjidil haram sangat manis buat saya. Kerana di rumah atau dalam waktu biasa, jarang sekali untuk berbuat begitu. Melihat mak payah mendaki tangga, hati kecil terusik. "mak makin tua...". Dalam hati gerimis. Menyapu air zamzam ke muka mak yang kurang sihat pada hari ke-2 di Mekah, mengingatkan saya bahawa ketika kecil begitulah mak menjaga saya ketika demam. Kasih-sayang mak tak pernah kurang. Ayah yang begitu sabar dengan 'ujian' sepanjang disana, tak pernah dengar keluhan..sebaliknya hanya pesanan dititip kepada saya. "Kak bah, ni tempat ujian, kena banyak-banyak istighfar..."

Saya syukur dapat berbakti kepada mak dan ayah sepanjang disana. Kerana saya tahu, dalam waktu biasa, seperti sekarang ini, saya tidak mampu selalu di sisi mereka. Memang, Kuala Lumpur - Terengganu bukanlah jauh..tapi MASA dan KOMITMEN tidak memungkinkan saya untuk selalu menjenguk mak dan ayah, serta keluarga di kampung. Namun, saya sering berdoa, agar Allah terus mengizinkan saya untuk menjadi anak yang berbakti, kerana saya perlu kunci REDHA mereka untuk ke syurga.

SEMUANYA ADA KENANGAN

KLIA - The Mines Resort - Palace of The Golden Horses..
Jeddah..
Masjidil Haram..
Masjid an-Nabawi..
Raudhah..
Masjid Quba'..
Bukit Uhud..
Masjid Ja'ranah
Bukit Syurga..Bukit Neraka..
Hudaibiyyah..
Masjid Qiblatain..
Padang 'Arafah
Jabal Rahmah...
Kilang Kiswah Kaabah...
Kilang al-Qur'an..
al-Fayroz Hotel..
al-Soltan Hotel..
Gua Uhud..

Menziarahi dua tanah haram
Terasa diri ini terlalu kerdil, hina, hati yang berdosa
dan...
Maha Agungnya Tuhan..
Subhanallah!
atas pengalaman dan kenangan teristimewa ini...
atas kerinduan yang seringkali datang bertamu..
semuanya nikmat yang sangat perlu saya syukuri..
Ya Allah,
izinkanlah pertemuan ini semula, untuk kedua kalinya....

Jumaat
1.58 pm

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 0 comments: Responses to “ Hati terbang lagi..... ”

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar