"Pray As You Have Seen Me Pray"
Written by Najibah Mustaffa on 1:02 PM7 Julai 2007 (Sabtu)
Masjid Saidina Umar, Kota Damansara
Kursus Penghayatan Solat Nabi SAW dan Muhasabah Diri
Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman
............................................................
Kursus padat selama sehari ini AMAT berbaloi saya rasakan. Dengan bayaran kursus RM65.00, terlalu banyak ilmu saya pelajari. Sebenarnya mengikuti kursus ini bukan bererti 'belajar solat' semula sebagaimana yang difahami oleh sesetengah orang, tetapi 'sempurnakan solat' berdasarkan praktikal yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Walaupun sudah lama kita solat, sejak baligh sehingga ke usia sekarang ini, tapi belum tentu solat yang dilakukan itu menepati cara solat yang diajarkan oleh Baginda Rasulullah SAW, sepertimana yang dituntut dalam hadith:
"Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat "
Sesi ceramah diselang-selikan dengan nasyid ('al-mu'allim' dan 'supplication') dan tayangan video praktikal solat, mungkin untuk menghilangkan rasa mengantuk di kalangan sesetengah peserta.
Tayangan 'sakaratul maut dan alam barzakh' di akhir kursus, yang menggambarkan keadaan mayat yang diseksa di alam barzakh kerana meringankan solat benar-benar membuat saya kecut perut. Suasana dewan yang gelap, suram, ditambah pula dengan sound system yang bergema seluruh dewan, membuatkan saya pada mulanya tidak berani untuk melihat tayangan tersebut. Namun dikuatkan juga semangat, kerana ingin mengambil pengiktibaran. Akhirnya, airmata tidak dapat ditahan-tahan lagi, Ya Allah, selamatkanlah hambaMU ini daripada azab seksaan di alam barzakh nanti...:(
Rupanya ustaz masih mengenali saya apabila dia menyebut nama saya dalam kursus tersebut. Sebenarnya ini bukan kali pertama saya bertemu dengan beliau. Dalam Talk Show Nisa' yang dianjurkan oleh Nisa' Wilayah Persekutuan pada April 2007, beliau dijemput sebagai salah seorang panel bagi membincangkan topik mengenai aurat wanita, dan saya menjadi moderator ketika itu. Dan saya pernah mengikuti kursus kewangan Islam yang dikendalikan oleh beliau pada Disember 2006. Dan beliau yang merupakan sahabat kepada bos saya pernah datang ke pejabat beberapa bulan yang lepas.
Apapun, saya bersyukur atas pengisian yang diperolehi. Sudah lama rasanya tak mengikuti kursus / ceramah yang memuhasabah dan membina diri, lantaran masa dan komitmen yang sentiasa menghambat.
Ya Allah, lorongkanlah saya ke jalan ilmu...sentiasa mencintai ilmu....
0 comments: Responses to “ "Pray As You Have Seen Me Pray" ”