Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Islam Hadhari dan Bintang Walk

Written by Najibah Mustaffa on 1:34 PM

Pasca PRU-12, iklim politik Malaysia berubah. Panas! Sepanas cuaca KL tak kira siang dan malam. Syukurlah, hujan yang turun 2-3 hari ini menyejukkan suasana walaupun penuh asid!

Belum reda isu Tun Mahathir keluar UMNO, Pakatan Rakyat di Selangor dan Pulau Pinang mengisytiharkan pengharaman Islam Hadhari! Kali pertama mendengar berita ini di TV3 malam tadi, saya tersenyum lega.

Saya bukan orang politik, dan tidak berminat untuk menjadi orang politik. Namun, sense pada politik tetap ada sebagai seorang rakyat Malaysia.

Pagi ini, membaca blog FT yang memberi komen negatif pada tindakan Pakatan Rakyat membangkitkan rasa kurang selesa.

Islam hadhari memang mengelirukan! Itu sebab paling wajar mengapa ia perlu diharamkan.

Program perkampungan Hadhari, pembinaan Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal di Terengganu, hanyalah ‘make-up’ untuk mencantikkan rupa Islam Hadhari. Wajah Islam Hadhari sebenar anda boleh lihat di sepanjang jalan ‘Bintang Walk’ pada waktu tengah malam.

Pub dan hardrock cafe yang menghidangkan arak beroperasi dengan jayanya, yang mabuk itu ramainya remaja Islam, yang terkinja-kinja hanyut dalam muzik heavy metal itu anak-anak orang Melayu kita. Yang mabuk di tepi jalan depan The Zouk sambil tangan merangkul pinggang Mak Nyah itu orang-orang Islam kita yang dah tak tahu ke mana hala solat mereka.

Tak cukup dengan itu, stesen TV makin berlumba-lumba dengan program hiburan yang sudah muak terdengar di telinga, ternampak di mata. Gang Starz, Akademi Fantasia, One in a Million, Konsert di sana-sini, itu lebih dominan dari rancangan Al-Kuliyyah, Akademi al-Qur’an ataupun Mari Mengaji.

Itu wajah Islam Hadhari. Semuanya boleh. Apa erti pendekatan dan prinsip Islam Hadhari yang dicanang-canang itu, kalau pengisiannya kosong? Dan, siapa yang mahu bertanggungjawab dengan kekeliruan masyarakat bahawa pergaulan bebas, hiburan melampau, gejala sosial yang makin meruncing adalah ‘diizinkan’ dalam Islam Hadhari?

Dan, persoalan yang terpenting untuk dijawab, apakah Islam Hadhari yang ditampilkan pada hari ini membawa umat Islam di Malaysia menghayati sepenuhnya Islam yang dibawa Nabi Muhammad s.a.w?

FT, saya tidak bersetuju sama sekali dengan anda!

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 0 comments: Responses to “ Islam Hadhari dan Bintang Walk ”

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar