Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Keep Pushing Yourself!

Written by Najibah Mustaffa on 12:29 PM

Tidak banyak cerita. Tugasan pejabat yang bersifat ‘urgent’ sudah agak berkurangan. ‘Ustazah’ tidak lagi dikejar untuk sign off dokumen. Cuma sesekali, beberapa dokumen baru untuk disemak singgah di meja.

Kini, fokus saya beralih pada tugasan review pada beberapa report dari Investment dan Underwriting. Tugasan yang ditinggalkan Ustaz Wan, masih belum sempat diusik. Saya benar-benar mohon pada Allah, agar diikhlaskan hati ini, agar kerja ini beroleh pahala ibadah. Saya juga bergantung harap padaNYA agar dimudahkan urusan seharian. Ada hari segala masalah mampu dihadapi dengan tenang, dan ada juga hari yang suram, kerja ini terasa beban!

Apapun, saya semakin sebati dengan komitmen baru ini. Bekerja tanpa bos amatlah memeritkan pada awalnya. Saya umpama bidan terjun, dan sepanjang tempoh dua bulan ini, i have made a lot of mistake!.

“ Saya banyak try and error je ustaz”. Luah saya pada Ustaz Wan ketika beliau menghubungi saya dua hari lepas.

“ Biasalah tu, ada try, mesti ada error. Mana ada orang yang buat sesuatu tanpa pernah salah. Yang penting, awak belajar!”. Bekas bos yang tidak putus-putus memberi semangat.

Hasrat saya untuk berhijrah mencari pekerjaan baru juga masih tertangguh. Tertangguh bukan sebab tiada usaha untuk mencari jawatan kosong, namun kata hati saya belum mengarahkan sebegitu. Setelah berdoa dan memohon hajat pada Allah, saya positif dengan gerak hati.

Buat masa ini, hati saya mengatakan, ’kami’ masih selesa di sini. Walaupun saya sudah mula runsing memikirkan situasi selepas Oktober nanti, namun saya yakin, pasti ada jalan yang Allah lorongkan nanti.

*****

AZ pula sunyi sepanjang minggu ini. Mas yang kini berada di Mekah sudah tentu diulit khusyuk bermunajat di Baitullah. Ummu si penulis muda yang berbakat, rasa-rasanya melarikan diri sebentar dari hiruk-pikuk KL untuk menyiapkan skrip drama Mahsuri. Shahid lebih selesa mendiam di rumahnya Wangsa Maju,agar mudah berulang-alik ke UIA mencari bahan untuk PhD. Dijah sudah kembali ke Muar, corak hidupnya agak berubah setelah pemergian ayah, Faza yang saya pun kurang pasti ke mana dia menghilang. Mungkin rumah makciknya. Dan Faiz, berkampung di rumah si bakal pengantin hujung minggu ini. Katanya, nak tolong apa yang patut.

Tipah yang sedang menuju ke arah penyempurnaan sebahagian agama. Alhamdulillah, semoga Allah mudahkan segala urusan dan persiapan majlis. Teguhkan keyakinan dalam hati menekuni mafhum hadis Qudsi, barangsiapa yang berkahwin kerana Allah, rezekinya dalam jaminan! Berkahwinlah kerana Allah dan RasulNYA.

*****

Akhir-akhir ini, terasa agak jauh dengan Nisa’. Saya masih belum mampu ’keluar’ dari berperang dengan peranan ini. Hampir tiga minggu berpantang keluar malam, menyepi dari sebarang mesyuarat dan program sedikit memulihkan tahap kesihatan saya. Memang hati dilanda rasa bersalah kerana tidak turut serta bersama sahabat-sahabat seperjuangan, namun keadaan diri tidak mengizinkan. Saya akur pada ketidakmampuan diri.

Pada sahabat yang mengerti, terima kasih. Cabaran da’ie muda makin terasa dalam diri.

*****

Entri kali ini tak terfokus, sebagaimana kecamuknya perasaan saya. Hati sudah berada di kampung, di samping semua adik-beradik yang berkumpul di sisi mak dan ayah, sempena cuti sekolah.

Beginilah saya, ini tandanya hati sudah lemah bateri, perlu mencari energy di kampung halaman tercinta!

Pesan pada diri:

“ Keep pushing yourself!”

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 0 comments: Responses to “ Keep Pushing Yourself! ”

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar