Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

5 Jun 2008: Terima kasih Pak Lah!

Written by Najibah Mustaffa on 10:23 PM


“ Ustazah, you tau aa, harga minyak naik malam ni…RM2.70”. Sapa Mr. Teck Fay ketika kami bertembung dalam lif petang semalam.

Mukanya rungsing. Saya terlopong.

” Isi minyak sebelum 12 malam ni ”. SMS adik saya yang sedang bercuti di kampung.

Kakak yang sedang bercuti di Kelantan turut memesan perkara yang sama. Katanya di Kelantan keadaannya sama. Sesak!

Seusai solat Maghrib, kami pemilik-pemilik kereta di AZ keluar untuk isi minyak. Mengambil kesempatan memenuhkan tangki dengan RM70, sebelum RM70 tersebut hanya boleh mengisi separuh tangki sahaja bermula 5 Jun 2008!.

Malam tadi, fenomena luar biasa di seluruh negara, jalan menuju ke stesen Minyak, Caltex, Petronas, BP, Shell, Esso, sesak! Bukan sesak biasa, sesak yang luar biasa!

Hakikatnya, semua rakyat Marhaen runsing. Muka pemandu pelbagai bangsa yang masam mencuka. Bukan sahaja kerana terpaksa berasak dan bersesak untuk mengisi minyak, tentunya dalam keadaan penat yang teramat setelah seharian bekerja, penat juga kerana terpaksa ’pecah kepala’ memikirkan kos hidup yang bakal melambung tinggi selepas ini.

Sebelum ini pun, saya memandu kereta tanpa menggunakan aircond. Lebih rela menyedut udara KL melalui tingkap semata-mata mahu menjimatkan minyak melainkan ketika hari hujan. Nampaknya selepas ini, lebih luas tingkap kereta perlu dibuka !

Runsing-runsing kita pun, mereka peduli apa! Naik RM0.78 sen seliter bagi petrol bukanlah apa-apa. Tak luak pun duit mereka. Untuk rakyat, pasti mereka akan memberi nasihat begini...

”Ubah gaya hidup!”

Atau pun...

”Gaya hidup tu ubah..ubah!”.

Seperti dalam isu bekalan beras, kita perlu ubah gaya hidup. Jangan makan nasi, gantikan dengan ubi kentang atau keledek.

Mungkin suatu hari nanti, gaya hidup kita perlu berubah lagi, dari naik kereta kepada kembali mengayuh ’gerek’ (basikal) tua. Atau pun berjalan kaki. Macam zaman nenek moyang kita dulu.

Kata Pak Lah, masa susah ni, kita kena sama-sama susah, sama-sama tolong. Hakikatnya, yang bersama-sama itu adalah rakyat. Bukan YB, yang sentiasa happy go lucky menikmati segala ’manfaat’ sebagai menteri. Elaun itu, elaun ini.

Kata Menteri KPDNHEP, rakyat perlu bersama-sama kerajaan untuk menghadapi masalah kenaikan harga minyak dunia. Hakikatnya, dari DULU, KINI DAN SELAMANYA rakyat perlu berkorban demi negara.

Rakyat tidak bodoh. Rakyat tidak akan termakan dengan subsidi tunai tahunan yang diberi kepada pengguna kenderaan. Itu trick memujuk!

Terima kasih Pak Lah, Tahniah BN! Inilah buah tangan untuk rakyat setelah PRU-12. Anda mewariskan kami poket yang makin susut dan emosi yang kian serabut!

Dan malam tadi, menyaksikan Myvi saya tercalar agak teruk, bergesel dengan sebuah lagi Myvi, gara-gara kesesakan yang teruk di stesen minyak! Untuk cat semula dalam waktu terdekat ni, mustahil! Poket kering maaaa....

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 1 comments: Responses to “ 5 Jun 2008: Terima kasih Pak Lah! ”

  2. By azmedia on June 11, 2008 at 12:55 PM

    PM islam hadhari kita zalim, menzalimi orang2 miskin..PM hidup senang lenang dgn elaun, orang miskin kat malaysia bercambah,masih ada yang tak di pedulikan. Jgn kita hampiri orang yang zalim, nanti disambar api neraka!

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar