Bergelar isteri di hari lahir ke 26!
Written by Najibah Mustaffa on 8:25 PM
" Ya Allah, berkatilah rumahtangga kami ini.." Hadiah istimewa dari suami.
Alhamdulillah 'ala kulli haal wa kulli nikmah.
30 Oktober 2008, hari ulangtahun kelahiran saya ke-26 disambut bersama suami tercinta, dengan title saya sebagai seorang isteri!
Jika beberapa tahun sebelum ini, lazimnya rakan-rakan serumah sewa yang akan membuat kejutan, tapi tahun ini, situasinya berubah.
Saya syukuri nikmat perkahwinan ini, dan sedang berkira-kira untuk mencatatkan sesuatu sempena perkahwinan ini. Cuma masih mencari ruang masa di kesibukan kenduri di Terengganu, Jengka dan sekarang sedang mengemas rumah sewa suami di Kuantan, juga untuk balik ke KL hujung minggu ni. Jadual yang agak padat.
Terima kasih dengan penuh rasa terharu saya buat semua yang mengirimkan ucapan terutama suami yang dikasihi, dengan pemberian hadiah yang sangat istimewa. Terima kasih atas penghargaan. Semoga rumahtangga yang baru kita bina ini sentiasa dipandu Allah, agar selari dengan al-Qur'an dan Sunnah.
Dan buat sahabat-sahabat yang juga mengirim ucapan, walaupun di takah usia 26 ini, saya telah pun bersuami, dan dialah insan yang paling rapat dengan saya di ketika ini, namun kasih pada sahabat tetap di hati, dan insyaallah makin kejap dan terasa manisnya.
Pesan pada diri:
Najibah, teruskan memperbaiki diri. Allah telah bentangkan segala kebaikan buat dirimu sehingga ke takah usia ini. Bersyukurlah!
30 Oktober 2008
8.40 malam
Kuantan
3 comments: Responses to “ Bergelar isteri di hari lahir ke 26! ”
By Hairin Herlina Abdul Halim on October 31, 2008 at 10:58 AM
Selamat hari lahir sahabatku...
Semoga ceria selalu disamping suami tersayang..
"kenangan indah bersamamu...takkan kulupa selamanya"...
salam sayang dari seorang sahabat,
hairinherlina.blogspot.com
By Anonymous on November 2, 2008 at 1:40 AM
Tahniah dari kami sekeluarga. Semoga ikatan perkahwinan yg dibina berkekalan ke akhir hayat
By Anonymous on November 11, 2008 at 12:06 PM
wah.. cerianya ex roomate kita ni di samping hubby nya.. epi besday.. epy wedding day..
bah, thn dpn jom meramaikan anak2 sedara imatch. :D