Being The Magnet People – AKHLAK MULIA
Written by Najibah Mustaffa on 6:06 PMAssalamualaikum.
Alhamdulillah, baru lepas brainstorming session dengan Underwriter dari Family dan General Takaful mengenai Industry-wide Benchmark/Parameter for Shariah Screening of Permissible Risks. 14hb nanti kena present di BNM. Susah hati pun ada, dalam otak masih kabur, tapi life must go on. Setiap hari, perlu cabar diri untuk buat sesuatu beyond the limit. Ye tak? (Sedang memotivasikan diri sendiri nih!). Apapun, perbincangan tadi banyak membantu, gelap kepada cerah.
Lepas baca blog kak muna, dapat idea untuk berkongsi ilmu dan pengalaman yang telah kami kutip sepanjang bersama Nisa’. Ilmu itu bukan baru, sudah berkali-kali di dengar, tapi jarang sekali dipraktikkan.
“Being the magnet people”. Macamana nak jadi manusia yang bermagnet? Manusia atau individu yang mudah untuk orang lain dekat dengannya. Dalam ertikata lain, approachable.
Mungkin ada yang akan kata, seseorang yang nak jadi The Magnet People mestilah:
1. Kaya
2. Cantik , Handsome
3. Berpakaian kemas
4. Make-up
5. Aura positif
Dan, macam-macam lagi pandangan. Namun, itu semua hanyalah bersifat luaran. Bagaimana dengan dalaman?
Jom, kita tengok apa yang Islam ajar. Contoh ikutan atau role-model terdekat kita adalah Nabi Muhammad S.A.W. Inilah ‘The Magnet People’ yang bukan sahaja diakui oleh orang Islam bahkan juga Sarjana barat.
Merujuk kepada Michael H. Hart dalam buku beliau: The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History. Nabi Muhammad S.A.W mendahului senarai tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia!
Semestinya, kita sebagai umat perlu mencontohi AKHLAK baginda untuk menjadi manusia magnet ataupun berpengaruh. Bagaimana caranya?.
1. Sebarkan salam antara kamu
‘Omputih’ kata:
“You should always be the first person to make eye contact.”
Tapi, apa Islam kata? :
Rasulullah saw. bersabda, “‘As-salam’ adalah salah satu dari Asma Allah yang diletakkan di bumi, maka sebarkan salam di antara kamu.” (HR. Bukhari).
Ucapan salam itu bukan sahaja membuah pahala, malah mampu menghubungkan silaturrahim, menambah berkat dan beroleh rahmat. Tak rugi memulakan salam, dan tak ‘out of date’ jika menjawab salam. (Baca tulisan Muna ‘Izzah di www.munaizzah.blogspot.com tentang ‘Salam’)
2. Senyum
Rasulullah saw. bersabda, “Janganlah sekah-kali kamu meremehkan kebaikan, meskipun hanya berupa keceriaan wajah tatkala bertemu dengan saudaramu.” (HR. Muslim)
Biasakanlah senyum bila bertemu saudara, walaupun sedang tension. Kadang-kadang, kita perlu senyum untuk mengembirakan hati orang lain. Betul tak?
3. Bersihkan hati, sentiasa memaafkan orang lain.
Pernah dengar kisah seorang sahabat Rasulullah? Yang dijamin Rasulullah menjadi ahli Syurga? Walhal dia tiada amalan yang sangat hebat. Namun, ada amalan kecil tapi special yang dia lakukan, iaitu mulutnya tidak lepas dari berzikir pada Allah, dan dalam hatinya tiada sekelumit pun rasa benci, dengki mahupun irihati pada Muslim yang lain.
Jadi, sentiasalah bersihkan hati dari bersangka buruk pada orang lain. Sentiasa maafkan kesalahan saudara kita, agar perasaan-perasaan ’tak best’ tu tak selamanya mendiami hati kita, dan kemudian boleh jadi barah! Barah perasaan, kan parah jadinya.
Itu sahaja tips untuk kali ini. Insyaallah, akan datang, kita akan berkongsi lagi. Tiga perkara ini walaupun simple, tapi cukup susah untuk dilakukan andai tidak menjadi kebiasaan. Namun, teramat manis rasanya jika ianya sudah bersebati dalam diri.
Cubalah! Pengalaman saya sendiri, ia terbukti berkesan!
3 comments: Responses to “ Being The Magnet People – AKHLAK MULIA ”
By Anonymous on September 8, 2008 at 1:58 PM
bah, kembara menjadi seorang pendakwah. teguh.. akan terus menuju. longlai, tersadai di tgh arus.
letak la blog kita kat sidebar awak tu. hehe
ummuhuraira : http://ummuhuraira.blogspot.com
HR PRINT CENTRE :
http://hailahprint.blogspot.com
By Siti Nadzirah Majeed on September 18, 2008 at 7:07 AM
assalamualaikum ukhti..
alhamdulillah. pertemuan yang dirancang Allah tanpa disangka. Kita punya 1 nama blog yang sama. Nuwairah, bunga.. dan ana yakin, ukhti jgk ahli jemaah ISLAM yang teguh berpegang merindui syahid seperti ana dan mujahid lainnya. Moga inilah titik permulaan pada sebuah ukhwah yang berkah.. Salam Ukhwah, Salam Perjuangan, Salam Sayang.
blog ana--> http://nuwairah.blogdrive.com
By Edaran Husna (KT 0386368-K) on October 16, 2008 at 1:57 AM
Alhmdulilah, part yang mencuit bagi saya, being positive person.. nice artikel.. syukran
wslm