Rindu
Written by Najibah Mustaffa on 6:39 PMRindu rasanya hati ini ingin bertemu. Diulit rindu setelah berpisah agak lama. Ramadhan 1429 akan menziarahi kita tak lama lagi. Seharusnya, di waktu ini, kita sudah perlu sibuk berkemas, bersiap-sedia menerima kunjungan tetamu agung ini. Mudah-mudahan hati yang awal-awal lagi dibersihkan, memudahkan kita untuk serasi dengan tetamu agung ini. Rugi andai hadirnya tidak berbekas di hati.
Walaupun sudah merasa bahang kesibukan untuk majlis Oktober nanti, lebih-lebih lagi beberapa persiapan yang perlu diperhalusi dan diteliti. Kesibukan kerja kerapkali melupakan saya pada perkara-perkara penting, sehinggalah diingatkan oleh mak. Hmmm..
Saya sengaja memilih untuk menyiapkan perkara-perkara penting ini awal, sebelum menjengah Ramadhan, kerana bimbang kesibukan itu akan menghilangkan fokus dan penghayatan saya pada tetamu yang datang hanya setahun sekali ini.
Doakan saya, supaya segalanya mudah dan diberkati.
" Tuhan yang Maha Kasih, cambahkanlah cinta dalam hati ini padaMU selalu..."
0 comments: Responses to “ Rindu ”