Weekend di Kuantan!
Written by Najibah Mustaffa on 11:01 AMMinggu ni mengulangi rutin. Balik Kuantan. Budak-budak rumah mesti pelik tengok saya excited nak balik sana. Hmm, rabitah suami – isteri ni susah nak ungkap dengan kata-kata. Bagi mereka yang telah berkahwin, tentu lebih memahami.
Sepanjang dalam bas, mata tak boleh lelap walaupun badan penat. Bas bertolak jam 5.30 petang dan sampai 9.30 malam. Bukan waktu yang sesuai untuk tidur. Membaca? Saya pantang membaca dalam bas, sebab akan pening dan rasa nak muntah.
Bosan. Mata melirik jam di tangan. Terasa begitu lambat masa bergerak.
Teringat masih belum membaca Ma’thurat, sebab tadi tergesa-gesa keluar dari ofis. Mulut terkumat kamit membaca zikrullah yang menjadi makanan harian itu, istighfar dan selawat ke atas nabi. Zikir itu makanan jiwa.
Jam menunjukkan 7.15 malam. Tertanya-tanya bas akan berhenti di mana, untuk solat maghrib. Abang call, ” masih di Temerloh”. Bas berhenti di R & R Temerloh. Bergegas turun, solat. Tak nak makan, walaupun perut berkeroncong, sebab dah janji nak makan dengan abang.
Jam 8 malam, bas kembali menyambung perjalanan. 1 jam 30 minit lagi baru sampai. Argh, bosannya. Mendengar lagu2 daripada handset untuk mengisi kebosanan. Kali ini, turn untuk hafal dan hayati lagu ”ayat-ayat cinta”.
”Bila bahagia mulai menyentuh
Seakan ku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggalkan cinta
Ketika ku bersujud ”
Sungguh mendalam maknanya. Walau sehebat mana cinta kita pada manusia, ketika mengadap Allah di dalam solat, cinta itu harus beralih kepada yang maha Esa. Muhasabah buat diri.
Exit Gambang, abang call lagi. “setengah jam lagi sampai “.
Sabtu (15 Nov), Klinik Asmara Annur, Kuantan
” Awak mengandung 5 minggu..” Dr. Mengesahkan. Alhamdulillah, walaupun saya dan abang sudah mengetahuinya melalui keputusan pregancy test 3 hari lalu.
Kami memperbanyak syukur. Ini rezeki dari Allah, cahayamata pelengkap rumahtangga yang baru kami bina ini. Semoga janin yang membesar dalam rahim ini sentiasa dalam jagaan dan perlindungan Allah.
Rasa mual dan loya makin menjadi-jadi. Tapi alhamdulillah, saya masih boleh memasak. Spaghetti, scramble egg + baked beans, sup ayam, menu kami sepanjang dua hari tersebut. Tapi selepas makan, saya akan pening dan perlu berbaring. Tak banyak kerja rumah yang boleh dibuat.
Sempat lagi bersiar-siar di Pantai Teluk Cempedak, walaupun dalam hujan dan berpayung!
Ahad (16 Nov)
Bas saya ke KL jam 5.30 petang nanti. Selepas solat asar, airmata tumpah. Walaupun cuba untuk tabah. Di ketika berbadan dua, berjauhan dengan suami mengundang pelbagai rasa dalam hati saya.
Ketika tangan khusyuk mengaminkan doa yang dibaca suami seusai solat asar, saya mohon kekuatan daripada Allah. Saya dan dia, juga cahayamata kami yang sedang membesar dalam kandungan ini mudah-mudahan sentiasa dalam jagaan Tuhan.
Sampai KL lewat, 10.15 malam. Bas berhenti di Pekeliling, sesak dan memualkan. Melihat ragam manusia KL yang pelbagai. Saya kepenatan yang teramat sangat. Lapar. Sampai di AZ, makan dan tidur. Jam 3.37 pagi baru bangun membersihkan diri, dan kembali menyambung tidur.
Minggu ini cepatlah berakhir!. Dan rutin yang memenatkan ini juga mudah-mudahan berakhir.
Ya Allah, mudahkanlah urusan kami. Hanya Engkau yang mengerti hati.
3 comments: Responses to “ Weekend di Kuantan! ”
By Anonymous on November 18, 2008 at 9:33 AM
Chayok2..moga dimudahkan untuk kak bah dan baby...banyak2 bersabar...
By Hairin Herlina Abdul Halim on November 18, 2008 at 5:46 PM
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Ya Allah, kami melafazkan rasa syukur atas nikmat zuriat kurniaanMu.. Tiada kata yang mampu mengungkapkan kegembiraan ini. Hanya padaMu tempat kami melafazkan rasa cinta & syukur tanpa sempadan.. Wahai Allah, Pencipta Agung sekalian makhluk, peliharalah janin dalam yang berada dalam kandungan sahabatku ini selama dia berada dalam rahim suci kurnianMu. Rupakanlah dan bentukkanlah janin yang berada Rahim itu, dengan rupa yang baik dan sempurna, tetapkanlah ke dalam hatinya Iman kepadaMu dan rasulMu... Sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik penyempurna kejadian manusia.
Ya Allah, lahirkan dia daripada Rahim sahabatku ini dengan kelahiran yang mudah dan selamat. Ya Allah, jadikanlah ia sihat sempurna, akal yang bijak, alim & beramal kepadaMU. Elokkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya dan perelokkanlah suaranya untuk membaca al-quran & hadis. Kurniakanlah kesihatan yang berpanjangan kepadaNya berkatilah hidupnya disepanjang usia yang Kau izinkan…Amin Ya Rabb..
Welcome to the pregnancy world.. have fun & enjoy it…
salam sayang,
hairinherlina.blogspot.com
By Anonymous on December 3, 2009 at 3:21 PM
[url=http://community.bsu.edu/members/buy+online+Viagra.aspx]purchase generic Viagra online no prescription[/url]
[url=http://eterporno.ru/seks-znakomstva-v-tobolske.php]секс знакомства в тобольске[/url]
[url=http://eterporno.ru/prostitutki-mulatki-negrityanki.php]проститутки мулатки негритянки[/url]
[url=http://pc.eterporno.ru/index.php]интимсити ру сайт[/url]
[url=http://pc.eterporno.ru/blyadi-piter-vhod.php]бляди питер вход[/url]
[url=http://pv.eterporno.ru/gei-prostitutki-ostavili-soobscheniy.php]геи проститутки оставили сообщений[/url]
[url=http://pv.eterporno.ru/dosug-almaty-transseksual.php]досуг алматы транссексуал[/url]
[url=http://px.eterporno.ru/index.php]интим услуги барнаул[/url]
[url=http://px.eterporno.ru/mamba-sayt-znakomstv-samyy-populyarnyy.php]мамба сайт знакомств самый популярный[/url]
[url=http://px.eterporno.ru/telefon-seks-znakomstva.php]телефон секс знакомства[/url]
[url=http://pz.eterporno.ru/ulichnye-prostitutki-pitera.php]уличные проститутки питера[/url]
[url=http://pz.eterporno.ru/sayt-znakomstva-moskva.php]сайт знакомства Москва[/url]
[url=http://pz.eterporno.ru/blyadi-chelnov.php]бляди челнов[/url]