Cerita Sabtu dan Ahad
Written by Najibah Mustaffa on 4:57 PM
Rindu sangat nak menulis. Disebabkan masalah broadband, banyak kali insiden tak boleh posting, apatah lagi nak upload gambar, saya give-up. Tatkala mood @ angin ‘blogging’ datang, perkara-perkara macam ni memang buat saya ralat. Suami selalu tegur, “cepat sangat putus asa…cubalah banyak kali..”. Hmm, part ni memang saya akui, saya cepat putus asa pada benda-benda yang saya tak expert, apatah lagi bersifat teknikal. Saya kurang sabar. Berbeza dengan suami, apa saja yang dia nak, pasti akan diusahakan sampai dapat. Dan apa yang dia tak tahu, pasti akan try and error sampai tahu. Mungkin sebab tu, dia agak mahir dengan ‘hal ehwal’ blog, coding, plugin dan entah apa-apa je yang saya sendiri pun tak tau nak sebut. Apatah lagi nak faham.
1+2+3 Seater @ Sofa
Setelah lama berangan nak ada sofa depan TV, akhirnya impian kami jadi kenyataan. Itu pun setelah survey 3 buah kedai perabot, dari kedai perabot Cavenzi yang harga perabotnya ribu-ribuan (out of our budget) sehinggalah kedai tepi simpang nak masuk rumah yang boleh tahan harganya, masih dalam bajet kami. Pagi pergi beli, 2.40 petang sampailah perabot tu ke rumah. Alhamdulillah, perabot rumah hampir lengkap, dah syukur pada Allah kerana bagi rezeki untuk beli secara cash. Saya memang berat hati untuk beli secara ansuran, walaupun mudah, kerana bimbang terlibat dengan riba. Bulan lepas dah beli set bilik tidur, dan bulan ni set sofa. Set meja makan kena tangguh dulu, sebab dah tak muat ruang. Tunggu pindah rumah baru.
Jom Heboh @ Padang MPK2, Kuantan
Kali pertama saya ke Jom Heboh. Agenda utama membeli belah. Duit abang mengalir macam air, sebab rasa semua benda nak beli, sampai sakit tangan bawa barang. Yang paling best beli air cincau yang segar , hilang dahaga di tengah panas terik. Kami round padang MPK2 tu sekejap je, sebab tak tahan panas. Kesian tengok baby @ anak kecil yang terpaksa ‘ikut’ mak dia nak gi jom heboh. Panas!. Tepi padang MPK2 tu ada gerai @ khemah yang jual tikar buluh. Dah lama nak beli, apa lagi, beli tikar baru sebab nak dipadankan dengan sofa baru.
Pasar, Kuantan
Ahad - Honestly, saya tak tahu apa nama pasar ni. Ni 1st time datang untuk beli barang-barang keperluan dapur kami. Selalunya kami membeli belah di Giant, Pasaraya Terus Maju, Tunas Mart ataupun Pasar malam. Tapi kali ini nak try beli kat pasar, rasanya lebih murah. Hmm, teringat pengalaman duduk rumah sewa (RS) masa bujang dulu, tiap-tiap orang akan ada turn pergi pasar. ‘Merempit’ dengan motor ke pasar PJ Old Town. Penuh raga motor dengan sayur, ikan, ayam etc. Zaman tak ada kereta lagi.
Our baby
‘Our baby’ dah masuk 25 minggu @ lebih kurang 6 bulan. Kalau ikutkan progress dalam widget baby countdown ni, “This week the baby will mostly just sleep!”. Hmm, patut pun kurang aktif bergerak. Tak macam 2-3 minggu sebelum ni. Subhanallah!
Bergelar pensyarah di sini, saya di panggil ‘puan’, ada juga kadang-kadang dipanggil ‘cik’, mungkin tak terperasan perut yang dah besar, terselindung disebalik baju kurung. Saya masih belum mengenakan ‘uniform’ mengandung, sebab masih tak jumpa (tak berkenan) dengan baju mengandung yang dijual di pasaran. Kebanyakannya tak menepati syariat. Hmmm…
Next check up Jumaat ni – 3 April. Saya risau tentang Hb dan juga my weight. Rasanya sebulan ni saya kurang selera makan, mungkin sebab penat dan dah membiasakan diri untuk tidak addict ‘teh tarik’. Hopefully pertambahan berat badan saya normal, nanti nurse bising. Dan tentang Hb yang rendah, semalam dah beli pil Iberet folic seperti yang disyorkan oleh doktor. Mudah-mudahan Hb saya ni meningkat. Saya runsing. Semoga, segalanya OK dan sentiasa dalam jagaan Allah.
Ya Allah, mudahkan urusan kami, berkatilah hidup kami dan berikanlah kami kekuatan untuk taqarrub denganMu. Amin Ya Rabb!