2 Hari di Kuala Lumpur: Pertemuan Menyubur Ukhuwwah
Written by Najibah Mustaffa on 4:45 PM
Sesegar hijau daunan...
Catatan perjalanan kami suami isteri pada 25 dan 26 April ke Kuala Lumpur, bersempena KLIBF '09 telah pun suami saya abadikan dalam blog beliau.
Saya hanya menyambung tentang apa yang saya perolehi sepanjang dua hari ini.
Nisa’ Indoor Games: Rindu Terubat!
Sungguh! Saya teramat merindui mereka. Teman-teman seperjuangan dalam Nisa’ Malaysia. Sejak berpindah ke Kuantan, demi sebuah rumahtangga yang keutamaannya melebihi segala-galanya, diri ini terasa jauh dengan apa yang pernah saya lalui ketika zaman bujang dahulu.
Saya rindukan pertemuan kami dalam siri-siri mesyuarat, sesi brainstorming, aktiviti makan-makan, mahupun gathering santai di rumah Kak Mas.
Saya rindu saat-saat kami berprogram, menempuh suka-duka dalam perjuangan.
Saya rindu kata-kata nasihat dari teman-teman yang memancarkan ini.
Saya rindukan tazkirah dan muhasabah dari mereka.
Saya rindukan segala-galanya tentang Nisa’ Malaysia!
Bukan saya membezakan antara Nisa’ Malaysia dan Nisa’ negeri-negeri. Perasaan ini hadir kerana di situlah saya bermula. Dan dari situlah saya mula mempraktikkan konsep amal islami dan amal jama’ie, walaupun sekian lama saya telah mempelajarinya sejak di kampus.
Rindu inilah yang membuatkan saya acapkali diulit mimpi. Kenangan-kenangan kami silih berganti muncul dalam tidur.
Alhamdulillah, syukur pada Allah selayaknya, kerana mengizinkan pertemuan semula yang amat manis ini. Kasih mereka tidak pernah berubah. Ukhuwwah yang dipamerkan masih seperti dulu.
“Fadh, saya rasa bersalah sangat tak tolong apa-apa pun untuk program ni “. Luah saya ketika bersalaman dengan Fadh.
“ Eh, takpe la jibah, awak datang ni pun dah cukup menggembirakan kami”. Ujar Fadh sambil tersenyum.
Kak Muna, selaku pengarah program, tidak putus-putus meninggalkan komen di blog saya, dan juga SMS mengucapkan penghargaannya pada kami suami isteri kerana hadir ke program ini.
Akhlak yang sentiasa menjadi magnet buat saya agar tidak jauh dengan jemaah. Tidak pernah sekali terasa disisihkan, atau dipersalahkan atas komitmen yang makin kurang.
Terima kasih atas sebuah ukhuwwah yang teramat manis. Mudah-mudahan datang dengan dorongan dalam diri ini untuk terus istiqamah seperti kalian, wahai mata rantai perjuangan Islam.
Terharu melihat ramai di kalangan sahabat dan junior saya ketika di UM dulu turut komited menyumbang tenaga bagi menjayakan program ini. Alhamdulillah, mudah-mudahan kehadiran antunna adalah kehadiran yang menberi kesan.
KLIBF ‘ 09: Asah minda!
Seronok berkunjung ke KLIBF kali ini. Walaupun penat ‘mengheret’ kaki dan terasa bagai nak patah pinggang berasak-asak dengan lautan manusia, ditambah pula perut yang makin membesar ‘dilanggar’ orang sesuka hati. Saya puas!
Setidak-tidaknya, buku-buku yang telah disenaraikan untuk dibeli berjaya diperolehi. Cuma, hasrat untuk mendapatkan buku mengenai undang-undang Tort untuk tujuan pengajaran tidak tertunai. Kaki sudah letih melangkah untuk round booth lain.
Pengalaman bertemu Ustaz Hasrizal juga amat manis.
“Humble orangnya”…Hati saya berbisik tatkala melihat Ustaz Hasrizal. Tetap mengukir senyuman yang paling manis buat pengunjung dan peminat beliau yang berbaris untuk minta tandatangan, walaupun dari riak wajah beliau, saya mengerti ustaz keletihan.
Bertambah lagi koleksi buku. Tinggal lagi kesungguhan untuk mengasah minda dengan membacanya, bukan hanya tersusun cantik di rak yang telah penuh dengan buku-buku.
Hubungkan tali-tali itu
Terima kasih kepada Rahmat dan Naimah, pasangan suami isteri yang juga merupakan sahabat sekelas kami ketika di UM atas pelawaan untuk kami tumpang tidur di rumah mereka di Putrajaya. Alhamdulillah, bermalam di Putrajaya juga menemukan kami dengan Nasir, juga sahabat ketika di UM dulu.
Pelawaan Khadijah dan Ramadhan untuk kami bersarapan di rumah mereka kami terima dengan hati terbuka. Tiba di rumah mereka hampir jam 9.30 pagi. Suami agak resah kerana kami telah berjanji dengan Ustaz Nazri untuk ke rumah beliau pada jam 10 pagi, bimbang terlewat (Suami saya sangat punctual).
Demi kesinambungan ukhuwah. Saya bahagia dengan pertemuan kami - tiga pasangan yang bakal menimang cahayamata Julai ini.
Mudah-mudahan ada berkat pada pertemuan ini.
Dan, siri kembara kami diakhiri dengan ziarah ke rumah Ustaz Nazri Chik dan Kak Mai, juga bidadari mereka, Najiyya yang comel dan bijak!.
Terima kasih buat ustaz dan kak mai, serta Najiyya yang sudi menerima kunjungan kami, dengan layanan yang berbekas di hati. Insyaallah, semoga ukhuwwah ini terus subur dan diredhai Ilahi.
Dan, mohon ampun dan maaf, buat beberapa orang sahabat yang mempelawa kami untuk ke rumah mereka. Bukan tidak sudi, dek masa yang tidak mengizinkan. Dua hari di Kuala Lumpur terlalu singkat untuk kami menziarahi semuanya. Namun, kami tetap menghargai pelawaan yang diberi. Mudah-mudahan, ada ruang dan peluang untuk bertemu lagi.
Kembara ini kembara ukhuwwah. Mengeratkan kembali ukhuwwah yang telah lama terjalin. Mudah-mudahan dalam catatan Malaikat, apa yang kami lakukan ini ada pahalanya dalam menghubungkan ukhuwwah, menjadi manusia yang saling berkasih-sayang kerana Allah.
8 comments: Responses to “ 2 Hari di Kuala Lumpur: Pertemuan Menyubur Ukhuwwah ”
By Zurina on April 28, 2009 at 9:44 PM
wah..wah..wah...jelessssssssssnya...
By Anonymous on April 28, 2009 at 10:29 PM
tima kacih daun keladi..jgn serik dtg lagi deh..hehe..nanti insyaAllah kmai try masak pulak ehh :)
By Hairin Herlina Abdul Halim on April 29, 2009 at 8:12 AM
alang2 dah gi putrajaya & bukit jalil tu, singgah la kajang jap...bukan jauh mana pun. 20 minit jer.. Nak suruh saya belanja dinner pun boleh..setengah jam pun dah ok dah... ye tak??
saya jumpe Ramadhan kat Book fair hr ahad tu. Dia yg bgtau saya, awk breakfast kat umah dia.
Anyway, take care ye..
By Khadijah on April 29, 2009 at 4:03 PM
hairin, saya pn ada masa book fair arituh tp dok beli asing2 nak menjimatkan masa :)
take care awk n muaz.. jibah, mg awk n hisyam cepat kebah n sembuh dari demam, jaga diri
By Muna 'Izzah Fadzil on April 30, 2009 at 7:33 AM
hehee. jgn lupa pakai tshirt nig tau!
satu lagi, akak tak sempat ajak awak dtg rumah. tapi lain kali, awak jejak kaki ke kl, first destination, would be my house ya. :D
By Najibah Mustaffa on April 30, 2009 at 9:32 PM
To Zurina:
Apa yang jelesnya cik zue? Kalau zue mai KL, lagi best, boleh ronggeng sama-sama...hehehe..(dah lama tak sebut perkataan 'ronggeng').
To Kak Mai:
Seronok datang rumah kak mai, dapat ilham macamana nak decorate rumah. Taste kite sama, suka colour hijau..al-maklumlah, fikrah sama..hehehe
To Hairin:
Awak, minta maaf sangat2, plan gi rumah putrajaya n puncak jalil tu memang dah lama, sebagai memenuhi permintaan dua pasangan ni, lagipun tak pernah jejak rumah diorang. niat dihati nak singgah jap rumah awak after gi pwtc tu, tapi dah penat sangat, tak larat nak ke mana-mana dah. Insyaallah, next time turun KL, saya singgah ye.
To Khadijah:
Wahh, dah ada blog eh? thanks dijah atas doa. Juga atas layanan ketika kami bertandang hari tu. jazakumullahu khairal jaza'.
To Kak Muna:
Hmm, tak try lagi t-shirt tu, nantila time ikut abang jogging, boleh try. entah muat ke tak ek? Insyaallah, saya ingat lagi jalan ke rumah akak..hehehe, nak rasa nasi ayam + nasi daging akak yang special tu.
take care sis!
By Anonymous on May 10, 2009 at 4:56 AM
Salam, kakak najibah...
Patutlah macam pernah nampak di NIG aritu,
rupanya blogger juga...
Al-hamdulillah,moga dilimpahkan Rahmat dan kasih sayangNya selalu...amin...
By Najibah Mustaffa on May 12, 2009 at 11:03 AM
to tintamurabbi:
Hmmm,akak dah view blog awak, tapi tak dapat trace awak ni sape..hehehe..boleh perkenalkan diri?