Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

31 weeks

Written by Najibah Mustaffa on 3:08 PM

“9 weeks to delivery”. Seramnya. Dulu, kalau dengar cerita orang bersalin, perasaan saya biasa sahaja. Tidak terbayang pun tentang kesakitan bersalin. Hanya keseronokan mendengar cerita orang yang menimang cahayamata.

Tapi, bila hampir tiba ‘turn’ sendiri, rasa seram sejuk. Hampir tiap-tiap malam mimpi bersalin. Ya Allah, mudahkanlah segalanya.

Last check up, minggu lepas, semuanya OK. Alhamdulillah, berat naik 2.1 kg sebulan. Peningkatan yang normal. HB pun meningkat, 10.8. Pencapaian terbaik setakat ini, walaupun masih di bawah paras yang sepatutnya.

Usia kandungan dah masuk 31 minggu. Dan, bermula minggu ni, rasa perut sangat tidak selesa. Baby asyik menekan, menguis, menendang dan macam-macam lagi. Sakit belakang dan lenguh kaki menjadi-jadi. Tidur malam sering tak lena, semput dan sesak nafas. Mengiring ke kiri, ke kanan, serba tak kena. Memang penat.

Rumah pula kurang terurus. Walaupun setiap hari saya berazam nak lawan kepenatan ini, nak lipat baju, nak kemas rumah, nak basuh baju, tak nak ‘miss’ sediakan sarapan untuk abang etc etc, tapi hakikatnya bila balik kerja, hanya ada sisa-sisa tenaga yang berbaki. Gagahkan juga diri untuk menyediakan makan malam.

Setiap kali lepas solat berjemaah, rasa nak minta maaf dengan abang di atas segala ‘kekurangan’ ini. Dan, ingin memohon secebis pengertian di atas ketidaksempurnaan menjalankan tanggungjawab dan peranan sebagai ‘house manager’. Tapi, selalunya hasrat itu terpendam begitu sahaja. (Saya memang suka pendam perasaan). Sebab, bimbang air mata akan mengalir.

Entahlah, makin hampir detik menjadi ibu, saya makin sensitif. Terkadang, perasaan berkecamuk. Macam-macam perkara difikirkan.

Hanya kepada-Mu ya Allah, kami pohon kekuatan. Agar segala urusan ini dipermudahkan. Pada-Mu lah segala kunci ketenangan dan kebahagiaan.

Sering saya ingatkan diri, Allah sedang berbicara dengan saya tentang IKHLAS dan SABAR. Bukan mudah untuk mencapai darjat isteri mithali, yang diredhai suami. Tawaran syurga perlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Dan bukan mudah untuk bergelar ibu, hanya pesan pada diri, setiap sakit dan kesukaran yang ditempuh, ada pahala buat yang sabar. Ada ruang penghapusan dosa.

Dan, buat tipah dan mama jiah yang sedang menghitung hari untuk bersalin, didoakan segalanya dipermudahkan. Amin ya Rabb.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 3 comments: Responses to “ 31 weeks ”

  2. By Hailah Resources on May 14, 2009 at 1:41 PM

    thanks bah.. benarlah. smkn hari smkn sensitif. kdg rasa kecewa ngan diri sendiri yang tak bnyk n x mampu nak buat sesuatu yg selama ni kita biasa lakukan dan yg ingin kita lakukan terutama utk orang tersayang dan terhampir. kdg rasa bengang sbb mcm terpaksa minta org memahami keadaan diri. x suka. klu bleh, sentiasa nak buat yg terbaik tanpa perlu ehsan sesiapa.
    tapi hidup kan saling lengkap melengkapi. kita bkn superwomen, kita hnya manusia biasa, hamba yg kerdil.

  3. By Hairin Herlina Abdul Halim on May 14, 2009 at 1:59 PM

    sahabatku,
    make sure hari2 minta maaf dgn husband yer... tambah2 pulak before masuk labour room nanti..
    mudah2han mudah & selamat semuanya..

  4. By Najibah Mustaffa on May 14, 2009 at 3:08 PM

    To Tipah a.k.a ummuhuraira:

    Exactly! Itulah apa yang saya rasa. Sindrom ibu mengandung kot..hehehe

    To Hairin:

    Syukran atas ingatan dan doa.

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar