Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Cerita Jumaat

Written by Najibah Mustaffa on 2:01 PM

Assalamualaikum.

Salam Jumaat. Hari ini seperti biasa, ke office. Menempuh hari-hari tanpa tujuan. Opss! Itu saya pinjam statement my colleague.. Memang relaks semenjak 3 minggu ini, dan akan berlarutan sehinggalah akhir julai nanti. Student sedang bercuti semester. Kami, pensyarah seperti biasa kena bekerja. Saya masih ada beberapa tugasan untuk diselesaikan sebelum cuti bersalin.

Pot-luck

Hari ni ada agenda makan-makan @ pot-luck kat office. Setiap orang bawa sikit sorang makanan. Macam-macam ada! Alhamdulillah, kenyang sangat. 3 round saya 'menghayati' masakan orang lain. Biasanya rasa masakan sendiri je. Budaya 'sikit sorang' ini sangat bagus untuk diamalkan, bukan sahaja dalam jamuan pot-luck macam ni, tapi dalam kehidupan seharian kita. ye tak?

Dan saya, memilih untuk masak ayam goreng berempah. Asalnya nak masak paprik dan puding, tapi memandangkan agak 'renyah' (dalam keadaan saya tak larat sangat), saya tukar menu. Semalam, sebelum tidur, basuh ayam dan perap siap-siap dengan bahan-bahannya, simpan dalam peti sejuk. Pagi ni, goreng je. Sambil masak sambal tumis bilis dan nasi putih untuk abang makan tengahari nanti.

Alhamdulillah, habis licin ayam goreng saya. Rasa berbaloi memasak. Dan, kakak-kakak office ni sibuk minta resepi. Erkk, saya rasa ayam goreng tu biasa-biasa je. Bahan-bahannya pun blender je semua. Apapun, terima kasih pada kak mazni yang bagi saya resepi ini ketika saya menjalani praktikal di Tetuan AB Sidek and Assoc. 5 tahun yang lepas.

Saya kongsikan bahan-bahannya:

1. Ayam (1 ekor) dipotong ikut suka.
2. Halia, serai, lengkuas, kunyit hidup, bawang putih dikisar (guna blender kering)
3. Perapkan ayam dengan bahan-bahan kisar tadi dan masukkan garam.
4. Untuk menyedap rasa, saya tambah sedikit serbuk 'Cukup Rasa Maggi'.
5. Perap satu malam
6. Goreng dan hidang

Selamat mencuba!

Hak orang, bukan hak kita!!

Pagi ini, saya dapat satu berita tentang penyelewengan wang zakat. Sangat mengejutkan! Terpacul istighfar di mulut saya. Sanggup bagi seorang yang berpendidikan agama 'makan' duit zakat yang memang nyata bukan haknya. Bukankah zakat itu hak asnaf yang telah ditetapkan dalam al-Qur'an?

Bila nafsu tidak pernah berkata cukup. Gerun memikirkan azab dan dosa mengambil hak orang lain, walaupun 1 sen! Siapa kita untuk menjawab di hadapan Allah kelak? Adakah daya upaya?

Ya Allah, jauhkan kami dari sifat tamak dan haloba.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 8 comments: Responses to “ Cerita Jumaat ”

  2. By kmai on May 29, 2009 at 4:59 PM

    kebetulan! kmaipun wat ayam goreng rempah. tp x menyengat. bila baca resepi najibah baru perasan lupa letak halia!!!hehe..patut my hubby mkn mcm terrpaksa jer :)

  3. By Najibah Mustaffa on May 29, 2009 at 6:59 PM

    Hehe..biase la tu kak mai. terlupa. tp halia la yg buat ayam tu jd best.:-) saya pun hari tu,masak pajeri terung,lupa letak kerisik. dah letak dalam pinggan baru teringat. hehehe.

    hmmm, hubby makan mcm terpaksa dah jadi perkara biasa. Selera dua negeri. :-)

  4. By pejuang marhain on May 30, 2009 at 8:45 AM

    Sorila k. bah, teman nak buat ayam goreng spesial, tak dapat la.. teman makan bagi tolong abiskan, itu ok... apa cerita pasal seleweng duit zakat tu.. boleh ceritakan sedikit supaya boleh jadi ibrah pada teman...

  5. By Najibah Mustaffa on May 30, 2009 at 9:09 PM

    Pejuang Marhain:

    Ate nye teman dah kabo, cepat-cepat bina rumahtangga, ada orang rumah tolong masakkan. :-)

    Pasal zakat tu, nanti ana cerita kat enta via YM. Lupe pulak enta pegawai zakat.

  6. By saifudin on May 30, 2009 at 11:50 PM

    salam. tak taulah. nama je belajar agama. terkejut dan terkedu bila dapat tau hal ni. makanlah duit anak yatim. kaya sekejap je. tak kemana.

  7. By Najibah Mustaffa on May 31, 2009 at 10:27 PM

    To Saifudin:

    Guna kapasiti enta untuk perbetulkan keadaan. Dan, 'tegur' sahabat yang kemilau dan kelabu mata dengan duit yang banyak tu.

  8. By Mas on June 3, 2009 at 12:21 PM

    kak, sedapnya,nyum2..tersu lapo...kak,akak dpt award, sila ke blog mas yer
    TQ

  9. By Najibah Mustaffa on June 4, 2009 at 12:20 PM

    To Mas:

    Mekasih la mas, susah2 je bg award kat kak bah. hehhee, kak bah di masuk blog mas. Nanti kak bah jawab yer..:-)

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar