Insight of the Day
Written by Najibah Mustaffa on 8:36 AMAssalamualaikum w.b.t
Catatan ringkas di pagi Jumaat untuk peringatan bersama:
Tazkirah Rejab (Tanyalah Ustaz @ TV9 Bersama Ustaz Zahazan)
1. Setiap amalan yang dilakukan adalah wajib berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah, bukannya berdasarkan amalan orang-orang terdahulu.
2. Dalam bulan Rejab, digalakkan kita melipatgandakan amal ibadah seperti puasa, solat sunat, sedekah dan sebagainya, untuk menambah pahala dan juga sebagai persediaan menyambut Ramadhan.
3. Ibadah dalam Islam adalah sepanjang tahun, tidak bermusim. Tiada bulan-bulan tertentu yang dikhususkan beribadah (melainkan bagi ibadah haji yang ada pelaksanaannya adalah pada bulan Zulhijjah).
4. Isteri Rasulullah s.a.w iaitu Saidatina A'isyah digelar sebagai 'sowwaaman' kerana banyak berpuasa, begitu juga Zainab binti Jahsy dan sahabat-sahabat baginda.
5. Antara amalan lain yang digalakkan dalam bulan rejab (juga bulan-bulan lain) ialah banyakkan bersedekah. Menolong orang dalam kesusahan, menggembirakan orang juga satu sedekah.
6. Lazimi doa yang diajar oleh baginda s.a.w:
"Allahumma bariklana fi rajab wa sya'aban, wa ballighna Ramadhan."
(Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan rejab dan sya'aban, dan sampaikan kami ke bulan ramadhan).
7. Ustaz menceritakan kisah ibu kepada seorang sahabat beliau yang meninggal dunia dengan mengakhiri hayatnya dengan ucapan kalimah syahadah secara sempurna. Bila diselidiki, antara amalan si ibu ini ketika hayatnya ialah beliau sentiasa melazimi puasa 3 bulan penuh Rejab, Sya'ban dan Ramadhan.
8. Bagi mereka yang belum habis menggantikan puasa yang ditinggalkannya, maka inilah saat dan ketikanya untuk berbuat demikian, sebelum masuk ramadhan akan datang.
p/s: Saya buka TV 15minit sebelum rancangan tersebut berakhir. Ini sahaja point yang dapat. :-)
Dari Kak Mastura (melalui e-mail)
"Happiness is to be found along the way, not at the end of the road, for then the journey is over and it is too late. Today, this hour, this minute is the day, the hour, the minute for each of us to sense the fact that life is good, with all of its trials and troubles, and perhaps more interesting because of them."
Robert R. Updegraff
Author of "Be Thankful For Your Troubles"
0 comments: Responses to “ Insight of the Day ”