Dinner For 3
Written by Najibah Mustaffa on 9:59 PMAssalamualaikum w.b.t
Semalam, kami menerima tetamu yang bertandang ke rumah - Syahar, kawan abang di sekolah Kiblah dahulu. Syahar baru sahaja berpindah ke Kuantan dan menjawat jawatan sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik.
Abang berkira-kira untuk menjemput Syahar makan malam di rumah kami minggu depan, namun memikirkan kemungkinan minggu depan 'zon tidak selamat' sekiranya saya bersalin lebih awal dari jangkaan, kami memutuskan malam tadi adalah masa yang sesuai.
Agak penat sebenarnya untuk memasak, namun bantuan abang sebagai pembantu chef sangat-sangatlah meringankan tugas-tugas memasak. Kerja saya hanya memasak, dan abang akan menguruskan semua penyediaan bahan, mengemas dapur, membancuh air dan menyediakan pinggan mangkuk untuk hidangan. Alhamdulillah.
Menu yang sempat dan larat untuk disiapkan malam tadi:
1. Sotong Bakar (rempah dibuat sendiri - terpaksa call mak untuk confirm kan bahan-bahannya, sebab dah lama tak buat..:-)
2. Tom Yam
3. Sayur kangkung goreng
4. Puding Raja
5. Air Mango HPA
Alhamdulillah. Semoga bertambah berkat rumahtangga kami dengan kunjungan tetamu yang diterima dengan senang hati, meskipun di saat-saat begini...:-)
p/s: Gambar tomyam dan puding tidak sempat di 'snap'.
0 comments: Responses to “ Dinner For 3 ”