Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Hukum Facebook?

Written by Najibah Mustaffa on 10:30 AM


Assalamualaikum

Beberapa kali saya menerima kiriman email bertajuk "Facebook Milik Siapa?". Antara kandungan emel tersebut:

1. Facebook telah berjaya mengaut keuntungan sebanyak USD300 juta pada tahun 2008.

2. Pengasas Facebook - Mark Zuckerberg dilahirkan dalam sebuah keluarga Yahudi-Amerika dan dibesarkan di Dobbs Ferry, Westchester County, New York.

3.Majalah Time telah mengiktiraf Zuckerberg dalam ranking ke 52 daripada 101 tokoh sebagai antara 'tokoh paling berpengaruh dunia 2008, iaitu sebaris dengan nama besar Barrack Obama dan Dalai Lama.

4. Majalah Forbes Top400 telah menyenaraikan Mark Zuckerberg sebagai individu ke-321 terkaya Amerika daripada 400 individu lain pada 2008.

5. Mark Zuckerberg, CEO Facebook aktif dengan pertubuhan persaudaraan Yahudi Amerika Utara, Alpha Epsilon Pi Fraternity (AEPi)

Dan isu yang ditimbulkan:
1. Kemana hasil keuntungan Facebook disalurkan? Adakah turut digunakan untuk membiayai dana perang Israel menentang umat Islam di Gaza, Palestin dan umat Islam di seluruh dunia?

Saya tertanya-tanya, apakah hukum menggunakan Facebook, juga Friendster, MySpace, Hi5 dan lain-lain?. Ada sesiapa yang boleh memberi komen tentang perkara ini?

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 0 comments: Responses to “ Hukum Facebook? ”

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar