Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Uruskan Uri Bayi Menurut Islam

Written by Najibah Mustaffa on 2:31 PM

Assalamualaikum w.b.t

Sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Melayu-Islam kita, setiap kali bayi dilahirkan, uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni yang keluar bersama bayi ketika kelahiran ditanam.

Namun, terdapat pelbagai 'kaedah' pengurusan uri bayi yang diamalkan oleh masyarakat kita, bahkan sesetengahnya ada yang pelik-pelik dan menimbulkan kesangsian di hati saya, apakah ianya bersumberkan daripada Islam atau pun tidak.

Contoh amalan pelik menanam uri bayi yang masih diamalkan dalam masyarakat kita ialah:

1. Menanam uri bersama pensil dan buku, dengan harapan bayi tersebut akan cepat pandai kelak.
2. Meletakkan paku dan benda-benda tajam bersama uri yang ditanam, kononnya untuk mengelakkan uri tersebut didekati 'benda-benda halus'.
3. Menyalakan unggun api berhampiran tempat ditanam uri kerana bimbangkan 'kembar bayi' itu kesejukan pada waktu malam.
4. Uri ditanam bersama kepingan duit syiling.

Dan pelbagai lagi amalan yang pelik-pelik.

Dan, hasil sedikit kajian bersumberkan internet yang dibuat, kaedah pengurusan uri bayi menurut Islam adalah seperti berikut:


1. Hukum menanam uri bayi adalah harus. (Sumber: JAKIM disini)

2.
Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. (Sumber: JAKIM disini)

3. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing. (Sumber: INFAD disini)

4. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku dan sebagainya adalah amalan khurafat. (Sumber: JAKIM disini)

Kesimpulan daripada jawapan badan yang berautoriti di atas, jelas kepada kita bahawa setiap uri perlu ditanam bagi mengelakkan bau busuk ataupun dimakan oleh binatang. Dan, merujuk kepada amalan sesetengah masyarakat kita yang membasuh uri tersebut terlebih dahulu dengan asam keping dan garam, saya berpendapat ianya harus bagi menghilangkan bau pada uri tersebut.

Dan, uri tersebut hanya perlu ditanam seperti biasa, bukan mengkafankannya seperti jenazah, dan semua amalan pelik yang dinyatakan di atas tidak bersumberkan al-Qur'an atau as-Sunnah, bahkan berdasarkan kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun.

Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan aqidah kita tanpa sedar.

Wallahu 'alam

p/s: Sebarang komentar atau ulasan dialu-alukan.

Najibah
Kuantan, Pahang
29 Julai 2009
3.00 pm

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 2 comments: Responses to “ Uruskan Uri Bayi Menurut Islam ”

  2. By susudalambotol on February 2, 2010 at 11:13 AM

    saya pinjam entri awak ni utk diletakkan di blog saya :)

  3. By Ummi Raid on September 3, 2012 at 9:38 PM

    Dapatkan Set Pengurusan Uri Ummi Raid. Mudah & Praktikal. Bersifat semulajadi & mesra alam. http://ummiraid.blogspot.com

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar