Resah di 39 minggu
Written by Najibah Mustaffa on 11:13 AMAssalamualaikum
Cuaca hari ni mendung. Sama seperti perasaan saya, yang juga mendung..suram. Pagi tadi check-up untuk 39 minggu.
" Kepala baby belum engage lagi..sepatutnya 36 minggu dah engage. ". Kata Kak Maria, jururawat yang memeriksa saya. Dia minta saya tunggu sekejap untuk bertanya doktor tentang perkara tersebut.
" Kalau kepala tak engage, mungkin bersalin nanti perlu 'dibantu'.." Ujar Kak Maria lagi.
Air muka saya berubah. Terbayang kaedah-kaedah 'bantuan' yang pernah saya baca dalam majalah Pa & Ma dan carian di internet.
Kaki melangkah longlai ke pejabat abang. Saya resah. Due hanya seminggu lagi, dan masih belum ada tanda untuk bersalin walaupun sakit-sakit sudah terasa.
Sampai di pejabat abang hampir 9.00 pagi. Abang ada kes. Saya penat untuk menunggu sehingga abang selesai. Saya minta kunci kereta dan memandu sendirian pulang ke rumah. Airmata saya bergenang. Dan, sampai di rumah, saya berwudhu' dan menunaikan solat sunat taubat dan solat hajat. Saya yakin, Allah sahaja yang boleh bantu, bantu tenangkan perasaan saya dan mudahkan saya untuk bersalin nanti.
Saya adukan keresahan hati saya pada Allah yang maha mendengar. Entah mengapa, saya begitu lemah hari ini. Airmata mengalir laju di saat berdoa kepada Rabbul Jalil. Terasa diri ini begitu lemah, begitu banyak dosa...dan dengan rasa diri yang begitu kerdil dan hina, saya memohon agar Allah mudahkan kelahiran permata hati kami ini.
Saya tenang. Namun, airmata tumpah lagi bila abang telefon dari pejabat. Saya tidak boleh bercerita panjang.
Lemahnya saya bukan?
3 comments: Responses to “ Resah di 39 minggu ”
By ibunajiyya on July 8, 2009 at 9:40 PM
Salam Najibah,
Jangan terlalu memikirkan yg bukan2. Berdoa semoga Allah permudahkan. Kmaipun semasa pregnantkan Najiyya mcm2 telahan doktor antaranya baby disyaki IUGR yg mana boleh mengundang kecacatan fizikal. Rasa takut makin membuak2 bila baca buku sama ada pa&ma dan yg sewaktu dgnnya.(lalu kmai cuba elakkan diri dari mendengar atau membaca cerita2 yg tidak enak) Dan, kita kena bersangka baik dengan Allah dan bykkan beristighfar. Sebab, kita akan bertemu dengan si kecil tidak lama lagi, dan insyaAllah ia menjadi berita yang membahagiakan. Kmai sekeluarga doakan Allah permudahkan...Amin ya Rabb
By Abu Muazz Hajar Asma' on July 9, 2009 at 10:42 AM
semoga dipermudahkan...
InsyaAllah... kuatkan semangat...
Lailaha illa anta subhanakainni kuntu minaz Zholimin...
By Najibah Mustaffa on July 10, 2009 at 1:51 PM
To Kak Mai & Us. Hamidi:
Syukran atas nasihat dan doa. ALhamdulillah, hati ini dah tenang skit. Alhamdulillahi 'ala kulli haal...:-)