Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Home Sweet Home!

Written by Najibah Mustaffa on 11:10 PM

31 Ogos 2009: Setelah 40 hari menjalani tempoh berpantang di Terengganu, hari ini saya dah Aqilah ‘dibenarkan’ oleh mak dan ayah untuk balik ke Kuantan. Terlerai rindu ibu dan Aqilah pada ayah. Kami tidak berjauhan lagi.

Bimbang barangkali tetap ada dalam hati mak, melepaskan saya dan suami untuk mengurus kehidupan baru kami bersama si permata hati. Berbekalkan ‘training’ dan pantang-larang mak sepanjang tempoh pantang, saya cekalkan semangat untuk ‘menjadi ibu’ meskipun dalam hati terkadang terbit perasaan tidak yakin – mampukah aku mengurus Aqilah tanpa mak?

Sudah seminggu di Kuantan, syukur Alhamdulillah kerana Aqilah tidak meragam untuk tidak tidur malam seperti lazimnya di Terengganu. Cabaran baru bergelar ibu cuba saya terima dengan minda yang positif. Ada ketikanya ketika penat mengurus anak, suami dan rumahtangga, saya terasa tidak mampu menjadi ibu yang hebat. Masa saya hampir keseluruhannya bersama Aqilah. Dan, sering diingatkan pada diri, dalam kesibukan mengurus anak, jangan diabaikan keperluan suami.

Saya masih baru bergelar ibu. Perkongsian hampir setiap hari melalui SMS dan telefon bersama sahabat-sahabat yang juga baru bergelar ibu banyak memotivasikan saya untuk menjadi ibu terbaik. Memang penat, memang mencabar, namun ianya menyeronokkan!!.

Dan, bergelar ibu..saya perlu akur pada ruang masa yang begitu sempit buat saya melayari internet dan melayani hobi-hobi lain seperti dulu.



Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 2 comments: Responses to “ Home Sweet Home! ”

  2. By Nurul Huda on September 9, 2009 at 12:01 AM

    Assalamualaikum ibu dan ayah Aqilah yang dirahmati...Selamat melalui madrasah tarbiah di bulan Ramadhan, tarbiah menjadi seorg yg lebih syukur dan tabah...Tahniah...:)

  3. By Mas on September 9, 2009 at 8:11 AM

    Salam ramadhan kak, rindunya kat akak,selaamt menjadi ibu dan istri yg hebt bg Aqilah dan cik cam ye.. =)

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar