Penyusuan Ibu: Nikmat Terindah Buat Ibu & Anak!
Written by Najibah Mustaffa on 6:57 AMAssalamualaikum w.b.t
Hari ini Aqilah sudah berusia 56 hari. Selama tempoh itu jugalah, dia membesar dengan susu ibu 100%, tanpa campuran susu formula. Syukur pada Allah, kerana masih mengurniakan nikmat ini buat kami berdua.
Nikmat penyusuan ibu (breastfeeding / BF) bagi saya, selain daripada kebaikannya daripada sudut saintifik ialah sentuhan emosi yang sangat indah antara saya dan Nur Aqilah. Sukar diterjemahkan dengan kata-kata bagaimana rasanya 'sentuhan emosi' tersebut, hanya ibu yang menyusukan bayinya merasainya.
Dan, sudah tentu nikmat BF bagi Aqilah kerana dia mendapat haknya iaitu segala zat dan khasiat yang terdapat pada susu terbaik di dunia!.
Namun, BF ini bukan mudah. Seawal 3 hari melahirkan Aqilah, susu masih belum ada. Dan, Aqilah menangis kelaparan. Mak saya berkali-kali mengesyorkan agar diberikan susu formula dahulu, kerana kasihankan Aqilah. Saya menolak cadangan tersebut dengan baik. Saya yakin dan komited dengan BF. Alhamdulillah, pembacaan tentang BF terutama daripada majalah Pa & Ma dan carian di internet memberikan saya info yang berguna dan sangat-sangat membantu untuk meneruskan BF.
Dan hari ini, sudah seminggu Aqilah 'under training' minum susu ibu menggunakan botol, sebagai persediaan untuk ibu kembali bekerja selepas Aidilfitri nanti. Alhamdulillah, penerimaannya terhadap botol semakin baik dari hari ke hari, walaupun di awal-awal training, dia menolak bila diberi botol, dan bila menghisap puting menangis dan merengek-rengek. Sedih mungkin.
Puting dan botol jenama MAM ini not bad. Saya tertarik dengan tulisan di kotak botol tersebut: "Easy way to switch from MOM to MAM". Hmm..memang puting dan botolnya agak mahal, namun berbaloi. Sebab:
1. Selamat untuk bayi (Puting silikon, BPA Free, Anti-Colic etc)
2. Tahan lama
3. Design botol yang praktikal dan cantik..:-)
4. dan paling penting..boleh diterima oleh bayi!
:-)
1 comments: Responses to “ Penyusuan Ibu: Nikmat Terindah Buat Ibu & Anak! ”
By Mas on September 17, 2009 at 3:44 PM
er...tak terkomen, sbb tak melaluinya lg..hehe