Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Didoakan Syifa' Buat Nur Fatimah

Written by Najibah Mustaffa on 11:33 AM

Nur Aqilah dan Nur Fatimah, 3 hari sebelum Nur Fatimah sakit.

Hari ini sudah 7 hari Nur Fatimah di ICU, Hospital Putrajaya. Keadaannya masih sama. Koma dan menurut doktor kritikal. Tidak banyak yang mampu kita lakukan, melainkan berdoa dan solat hajat mohon agar disembuhkan si comel ini.

Namun, doa itu bukanlah jalan terakhir. Doa itu adalah pelengkap kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh pakar perubatan untuk menyembuhkannya. Doa itu ada berkatnya. Mudah-mudahan dengan doa dan solat hajat ramai sahabat-sahabat di luar sana, Allah menyembuhkan permata hati Ustaz Ramadhan dan Khadijah ini.

Hati saya hiba. Apatah lagi bila memandang Nur Aqilah. Mereka sebaya. Saat Aqilah tersenyum memandang saya, saya terbayangkan wajah comel Nur Fatimah yang sedang sakit. Apatah lagi kami baru sahaja bertemu beberapa hari sebelum kejadian berlaku.

Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada mama dan babanya untuk berdepan dengan ujian yang menggoncang rasa ini. Kalau saya diuji begini, belum tentu mampu setenang mama Nur Fatimah.

Kata mama Nur Fatimah lewat perbualan kami di telefon:

" Hantar anak ke nurseri ke, pengasuh ke, atau dalam jagaan sendiri..musibah tetap boleh berlaku kalau Allah dah tetapkan. Yang penting, tawakkal kena tinggi pada Allah..hantar ke rumah pengasuh pun, yang 'jaga' dia adalah Allah.."
Khadijah yang memang cekal hatinya. Dan, Nur Fatimah juga sekuat mama dan babanya. Insyaallah, kami doakan kesembuhan buatmu..si manis Nur Fatimah!.

14 Oktober 2009

** Tiap kali bersembang dengan Aqilah, saya akan cakap: "Aqilah, kak Fatimah sakit..kita doakan dia ye...". Dan, airmata saya bergenang.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 5 comments: Responses to “ Didoakan Syifa' Buat Nur Fatimah ”

  2. By sam on October 16, 2009 at 12:29 AM

    salam,
    fatimah sakit apa?

  3. By Najibah Mustaffa on October 16, 2009 at 9:33 AM

    w'salam

    Gegaran pada otak (yg belum dapat dipastikan apa puncanya) menyebabkan oksigen tidak sampai ke otak. Saya difahamkan banyak bahagian dlm otak sudah rosak, dan begitu juga jantung dan paru-parunya.

    Doakan bayi kecil ini.

  4. By Anonymous on October 16, 2009 at 3:57 PM

    comelnya aqilah ngan fatimah...sedihnya tgk gambar tu kak..patutla meruntun jiwa..nak2 akak baru je balik dr menziarah fatimah & family - mama uwais

  5. By Cantiknyapurple on October 22, 2009 at 9:05 AM

    Al-Fatihah utk anakanda Nur Fatimah.
    Semoga ALLAH mengganjarkan yang terbaik utk mama & babanya.

  6. By Hacked by w3d0z on October 22, 2009 at 10:22 AM

    baru malam semalam saya baca pasal keadaan anakanda fatimah ini..
    dan pagi ni dapat tahu pasal pemergian anakanda ini..
    Al-Fatihah buat si anak, moga rohNya dicucuri rahmat..

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar