Saya dan Penyusuan Ibu
Written by Najibah Mustaffa on 2:00 PMNur Aqilah sudah berusia 3 bulan 4 hari. Selama tempoh itulah dia mendapat haknya iaitu susu ibu, susu terbaik di dunia. Syukur padaMU ya Allah, kerana masih lagi mengurniakan nikmat ini buat kami berdua. Dan, semoga Allah memanjangkan nikmat ini buat kami berdua kerana saya berhasrat untuk menyusu sehingga Nur Aqilah 2 tahun. Insyaallah.
Setiap hari, saya akan surf laman web berkaitan penyusuan ibu, terutama bagi ibu bekerjaya (working mummy) sebab nak tambah ilmu tentang BF ni. Saya yakin bahawa ilmu penting dalam menjayakan BF. Dan, sudah pasti dengan sokongan suami, saya terasa lebih bersemangat untuk komited dengan BF. Memang BF tak susah, tapi bukan mudah. Suami yang tidak miss belikan majalah Pa & Ma setiap bulan, dia pun turut sama buat ‘research’ di internet tentang BF, dan dialah yang ‘lecture’ saya tentang konsep ‘supply and demand’ dalam memastikan production susu ibu meningkat, dan dialah ‘reminder’ saya di rumah – ingatkan saya untuk berdisiplin dengan jadual mengepam (sebab saya kadang-kadang culas mengepam bila dah penat). Alhamdulillah. Credit to him.
Dan, suami yang cadangkan supaya share je apa yang saya dapat dari 'penjelajahan' di alam maya tentang BF ni dalam blog (selain share dengan suami je everything about BF). Mula-mula tu saya segan nak share, sebab bukan ada ilmu sangat pun, baru-baru belajar..jauh lagi nak jadi pakar laktasi. =), tapi apa salahnya berkongsi kan? Sharing is caring..=).
Cerita tentang Medela Swing
Dah 2 minggu saya menggunakan Medela Swing. Alhamdulillah, daripada stok susu zero, saya sudah boleh menyimpan stok. Production susu juga meningkat di mana saya boleh menyediakan 7-8 botol sehari dengan jumlah setiap satunya dalam 2-3 oz. Jumlah stok ini bergantung kepada tahap kerajinan saya mengepam. Kalau rajin dan konsisten, banyaklah stok. Kalau malas melanda…terpaksalah berpuas hati dengan 4-5 botol sahaja. (Teruja dengan Puan Farah – pemilik Sarakids yang boleh buat stok sehingga 16 botol setiap hari, dan setiap botol mengandungi 4 oz!!).
So far, komen saya tentang Medela Swing adalah VERY OK (se ‘OK’ harganya lah…) atas sebab:
1. Ada 2 phase (stimulation & expression). Stimulation itu yang best sebab ia penting untuk ‘let-down reflex’.
2. Motornya ringan dan tidak bising.
3. Peralatan / perkakasan yang sangat minima (untuk dibasuh, keringkan, pasang semula).
4. Boleh guna elektrik dan bateri. Ni sangat penting bagi saya ketika mengepam di tempat kerja, saya akan gunakan bateri sebab ragu-ragu untuk menggunakan elektrik kolej sebab ia bukan hak kita yang boleh digunakan untuk tujuan peribadi.
p/s: kecut perut bila Medela Swing ni terjatuh sekali. Nasib baik tak rosak, kalau tak…..(sedihnya..)
Storage
Peti ais bahagian atas hampir penuh dengan stok susu. Sekarang ini saya menggunakan botol Safety Plus dan bekas dadih yang kecik-kecik tu bagi tujuan penyimpanan. Rasanya nak beli storage bag lah. Jimat ruang.
Soya Tambahkan Susu Ibu
Hasil bacaan di internet, saya jumpa tips untuk tambahkan susu ibu dengan soya. Sekarang saya minum Melilea Organic Soy. Alhamdulillah, pengeluaran susu meningkat. Dan, tambahan lagi, soya boleh menjadi alternatif kepada susu lembu (yang penting untuk kalsium etc) sebab saya alah kepada sebarang susu. Anmum Lacta yang suami belikan sejurus selepas bersalin sehingga sekarang masih ada, tidak berusik.=).
Melilea Organic Soy ni boleh didapati di mana-mana stokis Melilea dan juga boleh dibeli secara online. Dijual dengan harga RM15.90 satu paket. Sekarang saya sudah beli 5 paket. Cepat je habis sebab rasanya SEDAP!! =), di minum setiap pagi dan malam.
Tak Susah Tapi Bukan Mudah
Leceh? Ya. Memang leceh bagi ibu yang bekerja untuk meneruskan BF. Sebab selain kena beli pam (especially pam mahal):
1. Kena patuh dengan jadual mengepam, iaitu sekurang-kurangnya 3 jam sekali ketika di tempat kerja.
2. Penyimpanan susu ibu yang agak komplikated. (Make sure berapa jam je boleh tahan dengan suhu bilik, peti bawah, peti atas)
3. Proses pencairan dan pemanasan susu sebelum diberikan pada bayi.
4. Ibu kena jaga pemakanan dan minum air yang banyak untuk bantu tingkatkan pengeluaran susu ibu.
5. Kena fikir buat stok susu
6. Etc..
Tapi, semua tu takkan jadi masalah jika sudah menjadi rutin.
Dan saya, sedang mula mendisiplinkan diri dengan rutin tersebut. Hmm..bagi merealisasikan BF, setiap hari saya menggalas 3 beg ke tempat kerja. Beg tangan (semestinya), beg berisi laptop yang berat dan beg penyusuan (pandai-pandai je bagi nama..) yang diisi cooler bag lengkap dengan ice-pack dan storage bottle, beg Medela Swing dan susu soya Melilea sebagai bekal. Memang berat dan leceh bawa banyak barang ke tempat kerja. Tapi, inilah pengorbanan seorang ibu untuk beri yang terbaik buat anaknya.
Ok ,itu saja. Cerita lain menyusul kemudian.
** Setiap kali pandang wajah Nur Aqilah, saya perbaharui niat untuk menyusukan dia selama mungkin (kalau mampu sehingga usianya 2 tahun). Semoga Allah permudahkan.
3 comments: Responses to “ Saya dan Penyusuan Ibu ”
By ustad on October 28, 2009 at 2:04 PM
chaiyok sahabat....
http://syamjie.blogspot.com/2009/07/1001-kisah-jie-aqil-dan-penyusuan.html
By ummuharith on October 29, 2009 at 2:19 PM
dl bah refer kt kita.. skrg kita kkna refer bah plaK.. GO go bf! lg sebln kt nk ckp 6 bln bf. target tmbh sebln sebln je.hehe
By Hairin Herlina Abdul Halim on October 31, 2009 at 7:52 AM
alhamdulillah..tak sia2 sy promote madela swing ekk..hehehehe..
saya punye madela swing dah lama tersimpan..
hmm..bila la agaknye boleh pakai balik..huhuhu..