Make Breastfeeding Easy
Written by Najibah Mustaffa on 12:37 PM“ Awak menyusu badan?”. Tanya rakan sekerja saya. Itu bukan pertama kali saya ditanya soalan begitu, acapkali. Dan ramai yang sokong dan mengatakan betapa beruntungnya anak saya kerana dapat menyusu badan. Alhamdulillah. Nikmat ini adalah anugerah Allah. Pujian selayaknya untuk Dia.
Kata seorang rakan sekerja yang usianya jauh lebih tua daripada saya, sekarang sangat mudah bagi ibu-ibu yang hendak menyusukan bayinya, terutama bagi ibu bekerja. Sebab persekitaran yang sangat supportive dan terlalu banyak kemudahan (peralatan, pakaian, panduan, bengkel etc) yang menyokong BF.
Betul. Saya mengakuinya. Dan, saya sangat bersyukur menjadi ibu ketika semua kemudahan tersebut ada. Dari A to Z, segala-galanya tentang BF boleh anda pelajari dan dapati dihujung jari, klik!!. Hobi baru saya sekarang adalah melayari laman web tentang penyusuan bayi, terlalu banyak laman yang boleh dilawati, dan terlalu banyak ilmu dan tips yang boleh dipelajari. Saya tidak tahu dari mana datangnya keghairahan saya pada ilmu tentang BF ini. Seingat saya, ketika awal mengandung, saya hanya berniat untuk BF. Dan setelah bersalin, saya bersungguh-sungguh mencari ilmu tentang BF sebab saya rasa teruja dan terlalu bahagia menyusukan anak sendiri.
Sukar digambarkan indahnya perasaan bila menyusukan anak yang kita kandung 9 bulan di alam rahim. Dengan susu kita itulah, tangisannya berhenti, pembesarannya meningkat dari hari ke hari, dan yang paling saya rasa bahagia adalah ikatan yang terjalin antara saya dan anak. Melihat mulutnya ketika menyusu, matanya, hidungnya..membelai rambutnya, bermain-main dengan jari-jemarinya..sangat indah dan membahagiakan seorang ibu, sekaligus meredakan kepenatan dan stress saya setelah seharian bekerja.
Sebab itulah, saya tidak merasa rugi dan membazir dalam menyediakan segala keperluan untuk memastikan BF ini berjaya. Daripada pembelian pam dan peralatan untuk penyimpanan, keperluan saya untuk menambahkan penghasilan susu (beli susu soya, nursing tea etc), disiplin dengan jadual mengepam dan sebagainya, sebab saya tahu, segala yang saya usahakan ini adalah satu tugas saya dalam memberikan yang terbaik untuk anak.
Dan, saya sangat kagum dan teruja dengan mereka yang bertungkus lumus menjayakan BF ini, seperti Puan Kamariah (susuibu.com), Puan Farah (Sarakids) dan Puan Suraya (Lunatots) dan ramai lagi. Selain menjual produk “ To Make Breastfeeding Easy”, mereka juga menghabiskan waktu rehat di hujung minggu dengan mengadakan bengkel penyusuan dan program-program sokongan BF. Masyaallah, banyaknya pahala mereka. Bantu ramai orang, dan mudahkan urusan orang. Semoga Allah mudahkan urusan mereka dan limpahkan rezeki buat mereka.
Saya bersyukur dengan apa yang Allah beri hari ini, dan semoga ianya terus dipanjangkan hingga ke hari-hari esok.Dan, sewajarnya penghargaan buat suami tercinta..sebab VERY SUPPORTIVE dalam membantu saya untuk BF (sepertimana yang pernah saya ceritakan dalan entri sebelum ini), keluar duit yang bukan sedikit, luangkan masa di waktu lunch break untuk temankan saya beli barang keperluan menyusu tanpa pernah mengeluh…terima kasih atas sokongan.
Dan…saya rasa, blog saya ni dah mula bertukar corak, jadi laman tentang penyusuan ibu pulak..=).
3 comments: Responses to “ Make Breastfeeding Easy ”
By Pohonhijau on November 5, 2009 at 4:09 PM
This comment has been removed by the author.
By Pohonhijau on November 5, 2009 at 4:10 PM
Salah satu cara yang juga boleh untuk menambahkan kuantiti dan kualiti susu ibu, dengan mengambil ubat homeopati...ubat tambah susu (focus on kuantiti), ubat mineral(focus on kualiti). InsyaAllah boleh maintain production esp bagi ummi2 yg bekerja...;)
By Najibah Mustaffa on November 8, 2009 at 2:25 PM
tq kak ogy. ubat tu blh amik kat klinik homoepati je ke