Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Di Angka 27 ini..

Written by Najibah Mustaffa on 4:42 PM


"Jangan cuba dikawal arahnya taufan, tetapi kawallah layar kehidupan. Tak perlu diukur kedalaman lautan, tetapi panjangkanlah kail yang sejengkal. Selamat hari lahir sayang..."

Ucapan yang diterima bersama sejambak mawar merah dari suami cukup memaknakan pagi Jumaat saya. Alhamdulillah, hari ini 27 tahun berkelana di bumi-Nya. Muhasabah diri tentang amalan yang lompang di sana-sini, dipanjangkan doa agar Allah masih kurniakan peluang memperbaiki kelemahan diri.

Dan, di usia dewasa ini, diri mengucap syukur atas segala nikmat terindah. Masih ada dia disisi, menjadi suami dan sahabat terbaik. Bersama memikul amanah memaknakan sebuah perkahwinan. Bahagia kami dengan adanya si comel penyeri rumahtangga..Nur Aqilah. Alhamdulillah.

30 Oktober 2009
Jumaat.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 0 comments: Responses to “ Di Angka 27 ini.. ”

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar