Written by Najibah Mustaffa on 4:00 PM
Assalamualaikum.
Hujung minggu yang sibuk tapi sunyi. Sibuk mengurus rumah (basuh, jemur, lipat kain, mop lantai, cuci tandas dan bilik air, kemas dapur dan pelbagai tugas yang hanya ada masa seminggu sekali.
Emm..sunyi sebab abang berkursus ESQ di Pekan selama 3 hari sampai esok. Jadi, hujung minggu ni tak keluar kemana-mana. Aqilah pulak tidur sepanjang pagi sampai tengahari, mungkin sebab penat buat 'syif malam' (dah nak masuk 2 bulan macam tu)..
Lepas settle urusan housekeeping, ibu layari internet menjelajah ke blog SARAKIDS dan LUNATOTS baca tentang breastfeeding, mothers support, milk supply etc. Dan, sambil-sambil tu upload gambar Aqilah dalam blog ni..=)
Melihat anak sendiri membesar sesuatu yang membahagiakan bukan? Walaupun ada keadaannya ibu SANGAT tertekan mengurus anak, rumah dan suami...kerja lagi, tetapi alhamdulillah, hari-hari bahagia lebih banyak dari hari sengsara..hehe..
Bila diaper bertukar saiz daripada NB (newborn) kepada S, dan kini M..daripada duduk terlentang sahaja di atas tilam dan kini sudah boleh meniarap..daripada pandai senyum sahaja bila diagah dan kini sudah pandai respons dengan bersuara! Alhamdulillah..cukup indah perasaan ini melihat anak kian membesar!
Aqilah 2 hari selepas dilahirkan. Gambar ini diambil di wad HTAA. Ramai yang kata Aqilah nampak macam baby dah besar...padahal baru 2 hari. Emm..mungkin sebab dia lahir 'overdue' kot. Dah besar siap-siap dalam perut ibu..=) Aqilah 2 bulan- dalam buai, tengah mamai nak tidur. Aqilah terpaksa berbuai bila dengan pengasuh SAHAJA. Selain waktu tu, tidur tanpa buai. Ibu tetap risau dengan penggunaan buai (di rumah pengasuh) sebab ada risiko berlakunya gegaran otak (Shaken Baby Syndrome). Tapi terpaksa, sebab Aqilah susah tidur siang. Ibu sentiasa doa semoga Aqilah dalam perlindungan Allah. Sama tak? Aqilah dan ayah di Melaka. Daripada komen orang bila tengok Aqilah, hanya 1% sahaja yang akan kata dia mirip ibu. Selebihnya kata..'sebijik macam ayah'!. Serba pink..Aksi tidur gaya bebas..=) Gembira selepas kelas vokal dengan ayah. Sesi yang paling disukai Aqilah. Sampai terangkat kaki dan tangan. =) Dan, lagu yang sentiasa menjadi pilihan ayah adalah Hati kata Rindu (Destiny). Aqilah 'test' duduk dalam car seat yang dihadiahkan oleh pejabat ayah. Mata bulat? Emm..tak tahu ikut sape. Yang pastinya, bukan ibu atau ayah.. Sangat excited dapat meniarap (di usia 3 bulan 8 hari). Setiap masa nak meniarap je, sampai ibu terpaksa bentang toto besar, bagi ruang lebih skit.. Is playing with her friends: Lennie and Momo..=) Dan...aktiviti baru: hisap jari. Aqilah tak pandai lagi hisap ibu jari..apa yang dia buat..masukkan kelima-lima jari! Doa Ibu setiap hari: Semoga Aqilah membesar dalam perlindungan Allah, sihat dan jadi anak yang solehah, yang akan jadi saham ibu dan ayah di dunia dan akhirat. Amin.
| Posted in »
Permata Hati
Related Posts by Categories
7 comments: Responses to “ My Little Angel Has Grown Up! ”
By ibu kakak najiyya on November 7, 2009 at 6:48 PM
kmai tau aqilah mata bulat ikut sapa..ikut kakak najiyya..sebab kakak najiyya mata bulat..dan ibu aqilah suka tegur kakak najiyya masa mengandungkan aqilah..tapi ibu najiyya tidak tahu mata najiyya bulat ikut sapa..cuma masa pregnant, ibu najiyya suka tengok mata bulat budak arab...hehe..kebetulan jer :)
By Najibah Mustaffa on November 8, 2009 at 2:20 PM
Huhu..'kenan' kakak najiyya ni..alhamdulillah..mudah-mudahan jadi bijak macam kak najiyya jugak. insyaallah...=)
By ibu kakak najiyya on November 8, 2009 at 8:43 PM
err..takde lah 'kenan'.. tapi berkenan.. hehe. kakak najiyya pun berkenan dengan aqilah..harap2 ibu kakak najiyya dapat pregnant lagi dan dapat baby comel, putih melepak mcm adik aqilah jugak ..
By Najibah Mustaffa on November 9, 2009 at 6:16 PM
adik aqilah berkenan kat kakak najiyya..
kakak najiyya berkenan kat adik aqilah..
camne tu? heheheh
* aqilah dan ibu pasang impian agar dapat terbang ke luar negara macam najiyya dan ibu ayahnya...=)
By Cantiknyapurple on November 10, 2009 at 8:44 AM
Salam..
Rasa sebak bila tengok posting2 mcmni..
Jibah,doakanla saya pulak cepat2 dapat baby ya...
Semoga 2 tahun penantian ini memberi hikmah yg penuh dgn kenikmatan.huhu...
By Najibah Mustaffa on November 10, 2009 at 8:52 AM
Nina,
sedih pulak saya awak cakap camtu. Insyaallah nina, saya doakan agar penantian awak dan suami akan berakhir.
walaupun selama 2 tahun ni allah masih belum bagi kebahagiaan memiliki anak, tp saya pasti tentu ada bahagia lain utk awak dan suami.
insyallah, allah sedang menguji kita, setiap masa. cuma ujiannya berbeza.
By Cantiknyapurple on November 10, 2009 at 9:33 AM
Betul tu Jibah,Thanks..
Semoga kami akan dapat terus bertahan dengan perancanganNYA...