Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Support

Written by Najibah Mustaffa on 3:42 PM

Assalamualaikum.

Hampir setiap hari saya baca blog dan artikel tentang penyusuan ibu. Saya jadi 'kenyang' dengan ilmu-ilmu baru yang saya dapat dari pembacaan ini. Zaman sekarang terlalu mudah nak tambah ilmu, hanya klik! =).

Bukan sahaja ilmu tentang BF bertambah (dan banyak bantu saya dalam selesaikan masalah dalam BF), saya juga dapat ilmu tentang parenting skills. Alhamdulillah.

Dan, sudah semestinya atas karektor semulajadi saya yang suka bercerita dan berkongsi, saya rasa ringan je tangan nak menaip dalam blog ni. Sebelum ni, suami je lah yang sentiasa 'tadah telinga' dengar cerita-cerita saya tentang penemuan baru tentang BF. It's OK dan adil. Sebab saya juga selalu perlu 'tadah telinga' dengar cerita dan penerangan suami tentang kamera DSLR (wish list yang saya tak mampu tunaikan untuk dia buat masa sekarang. Kalau ada duit ribu-riban, saya sanggup beli..)

Tapi, tiap kali nak tulis tentang BF, saya bimbang apa kata orang? Blog ni dah jadi macam laman penyusuan ibu pulak..Hmm, suami kata it's OK, dan dia siap offer ruang khas dalam blog untuk saya bercerita tentang BF dan apa-apa sahaja tentang wanita. =)

Dan kata saya, biarlah orang nak kata apa, ini blog saya. Lagipun, anak, suami, rumahtangga dan kerjaya..itulah dunia saya sekarang. =)

Kali ni saya nak share tentang pentingnya sokongan orang sekeliling bagi ibu yang BF.

Suami / Keluarga

" Hari ni dah pam? ".

"Berapa oz dapat? ".

" Tadi kat kolej makan apa?".

Soalan daripada suami, walaupun ringkas cukup buat saya bersemangat untuk teruskan BF. Dia tahu ibu menyusu cepat lapar, dan dia akan bertanya juga control apa yang boleh saya makan, dan apa yang tidak boleh.

Begitu juga bila saya SMS dia ketika kami sama-sama di tempat kerja:

" Abang free tak tengahari ni? Nak keluar beli barang baby". (Walaupun boleh drive sendiri, saya tetap perlukan bantuan suami sebab saya kurang mahir jalan di Kuantan)

"OK.."

Inilah sokongan yang buat saya rasa tenang dan senang untuk BF, walaupun hakikatnya bukan mudah untuk ibu bekerja. Sokongan suami samada moral, material, masa dan juga ilmu.

Alhamdulillah.

p/s: Saya bukan memuji suami sendiri, tetapi tanda saya menghargai sokongan dia selama ini.

Kawan

" Kak Jibah, Humaira' tak nak hisap botol. Dah cuba bagi, dia reject, menangis sampai merah muka. sedih betul..".

SMS diterima dari Syuhada, junior saya di UM yang baru menimang cahayamata dan akan kembali bekerja beberapa hari lagi.

Saya call beliau, berkongsi langkah-langkah melatih bayi untuk minum susu ibu dengan bottle feeding, sepertimana saya latih Aqilah 2 minggu sebelum mula bekerja. Memang sukar, sebab hampir 2 bulan bayi selesa dengan direct feeding, tapi alhamdulillah, dengan panduan dan pembacaan daripada majalan Pa & Ma, saya berjaya lakukan.

Itu yang saya share dengan Syuhada. Ini juga salah satu bentuk sokongan. Saya tiada ilmu yang banyak, sedikit cuma hasil dari pembacaan, namun apa salahnya berkongsi bukan?

Mom's World!
Terlalu banyak info, semangat, panduan dan passion bila saya baca blog tentang BF. Juga bila kunjungi web yang jual 'breastfeeding gadget' secara online. Segalanya mudah!. Dan, saya berterima kasih atas perkongsian ilmu ibu-ibu yang support BF, seperti Farah Farhan (Sarakids) - sebab tiap tiap hari saya baca blog dia. Sarakids tu bisnes dia, tapi perkongsian dia tentang BF lebih daripada bisnes. Bukan semata-mata untuk kaut untung.

Alhamdulillah. Sokongan kalian membahagiakan!. Dan amat bermakna bagi ibu bekerja yang komited untuk menyusukan anaknya ---> tugas yang bukan mudah.

* Sibuk dengan kerja di pejabat, kena luangkan masa 20-30 minit untuk mengepam 3 jam sekali
* Galas beg pam dan segala macam mak nenek yang berat
* kena pilih makanan..tak leh bedal je semua sebab takut efek kat baby

Jauh di sudut hati, saya pohon agar dengan berkat susu ibu yang diberikan pada Aqilah, dia menjadi anak yang solehah, jadi aset agama suatu masa nanti. Amin.

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 4 comments: Responses to “ Support ”

  2. By atie @ ejay on November 9, 2009 at 12:08 PM

    salam k.jibah..
    sronok & jeles kt ibu2 yg dpt full bf baby..
    b'azam utk full bf 2nd baby;)

  3. By Najibah Mustaffa on November 9, 2009 at 6:31 PM

    w'salam

    Atie @ejay ni Nor Halimawati kat fb tu ye? Akak cam muka awak..=)

    Thanks atas ziarah. Jom sama2 kita berazam utk bf, give the best utk baby kite selagi termampu..=)

  4. By UMMUSHIFA' on November 10, 2009 at 8:26 PM

    TAhniah dik dapat meneruskan bf buat Aqilah yg semakin comel..dahla lahir comel..dah 3 bulan ni makin comel lak..comel sangat kena pakai purdah lak..:)

    akak pun kena buat research macam jibah gak sebab nak bf 'ammar yg kuat menyusu ni..ada beza antara anak lelaki dan perempuan.anak perempuan kerap myusu tp x sebanyak anak lelaki..anak lelaki kuat menyusu, boleh rehat lama ckit lepas tu sebab dia kenyang lama dan tidur jadi lama ckitla..tp tgk keadaan gak..

    Alhamdulillah suami jenis menyokong nih..

    boleh la akak refer jibah nanti..baru search beberapa jenama bf yg memang kalah la kat harganye tuh..tp mcm berbaloi..nak kena check poket dululah..:)

    ok..taking care ya Aqilah..:) see u next time..

    p/s: td silap tulis..agaknya kena penangan fesbuk..tertulis fb..patutnya bf untuk singkatan breastfeeding..:)

  5. By Najibah Mustaffa on November 13, 2009 at 1:30 PM

    Kak Ein @ Ummushifa',

    Alhamdulillah kak, setakat ni Allah masih bg kekuatan. utk teruskan bf. cabarannya ada, tp as long as kita happy to give the best utk anak kita, segalanya rela ditempuh..=)

    ok kak ein, sy ready to discuss anything pasal bf ni, sy mmg sgt2 teruja..sy pun kena tnye pengalaman akak yg dah beranak 2..=)

    take care sis..

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar