Trip Keluarga @ Melaka, 17-18 Oktober 2009
Written by Najibah Mustaffa on 12:08 PMAssalamualaikum.
Setelah sekian lama, baru dapat upload gambar kenang-kenangan kami sekeluarga ke Melaka bulan lepas. Hasrat asalnya nak memenuhi undangan kenduri keluarga abang ipar di Masjid Tanah, Melaka. Lalu, menjadi trip keluarga (sebelah suami). Jalan-jalan bandar Melaka, melawat kota A Famosa, bermalam di Chalet Rizalan, makan ikan bakar di tepi pantai (saya lupa namanya - sebab sejak bersalin saya menjadi seorang yang pelupa..). Alhamdulillah.
Mendaki anak tangga di tapak kota A Famosa, di tengah panas terik sambil mendukung Aqilah..sangat mencabar dan memenatkan.
Akhirnya, ibu surrender. Giliran ayah untuk dukung Aqilah. Kesian Aqilah..kepanasan. (Masa ni Aqilah 2 bulan setengah).
Setelah hampir 4 jam berpusing sekitar kota A Famosa, kami bersiap-siap untuk pulang ke Kuantan. Masa ni sangat penat, Aqilah dah meragam....** Trip keluarga ke Sungai Besar, Selangor (balik kampung suami) pula pada Disember ini. Aqilah membesar di jalanan..=)
0 comments: Responses to “ Trip Keluarga @ Melaka, 17-18 Oktober 2009 ”