Debar gadis-gadis AZ di tengah malam!
Written by Najibah Mustaffa on 9:17 AM “ Kena make-sure meeting habis before pukul 10, kita ada event makan-makan malam ni..”. Pesan saya pada Dijah.“ Wahh..nak celebrate birthday kita ke??? “. Seronok suara Dijah, teruja.
Saya terpaksa mengiyakan bila tiba-tiba sahabat akrab saya yang berkomitmen tinggi ni menyuarakan untuk bermesyuarat dengan Ustaz Mad.
Tugas menempah Domino’s Pizza sebagai juadah utama dan segala yang berkaitan diserahkan kepada team adik-adik pula, Mas, Ina J, Ina S.
Meeting usai hampir jam 11.00 malam. Badan sudah terlalu penat sebenarnya. Namun, melihat kesungguhan adik-adik ni menghidang Domino’s Pizza, si Ina S yang tekun memasak Mushroom Soup (walaupun kata Rena macam kuah gulai), si Ina J dengan air teh dalam jug specialnya (walaupun kalau makan pizza adalah lebih sesuai dengan Lemon Tea), Hana, Shahid yang begitu bermujahadah untuk bangun tidur, Faiz yang badannya sahaja setia dalam halaqah jamuan kami, namun mata tak lepas memandang TV yang menayangkan cerita favourite nya, Mas, yang bakal menjejakkan kaki ke Baitullah hujung minggu ini (Mas, kak bah di ulit rindu pada Tanah Haram!), mata yang layu tiba-tiba segar, membugar.
Event tetap warga AZ ini berjalan lancar, Ina J yang menjadi MC memainkan peranannya dengan baik. ’Birthday Girl’ yang diraikan: Dijah dan Hana diminta memberikan ucapan.
Dijah yang semakin ’out spoken’ tidak perlu disuruh-suruh. Ucapan terima kasih mengiringi permintaannya pada kami. Insyaallah Dijah, kami reserve date awal Oktober nanti untuk ke Muar. Opss! :)
Hana, masih malu-malu untuk berucap sesuatu. Katanya dah lupa skrip. Alahaiii adikku, agaknya masih mamai bangun tidur. Penat kami buat selingan ’commercial break’, namun hampa. Hana, kak bah tak faham kenapa Hana tersipu-sipu?
Akhirnya, sesi soal-jawab sebagai penyudah. Soalan cepucemas kawan-kawan tak terjawab oleh Hana, dan soalan Wanie memecahkan tawa kami serumah.
” Hana, agak-agaknya kenapa Tun Mahathir keluar UMNO ek?”
Aduhh..beratnya soalan di malam hari. Macam-macam karenah dan aksi warga AZ yang sentiasa riang-ria ni.
”Eh, lelaki kat luar!”. Ina J menjerit, serentak dengan suara lelaki memberi salam yang terasa begitu dekat dengan sliding door.
Serentak itu juga, kami menjerit dan bertempiaran lari masuk bilik.
Pelik, lelaki mana yang datang rumah anak-anak dara malam-malam buta ni? Cuak jugak kami ketika itu. Faiz memberanikan diri untuk berkomunikasi dengan lelaki tersebut disebalik pintu yang ditutupi langsir.
Dalam keadaan suara yang kurang jelas, lelaki cina itu katanya ingin meminta sedekah. Kemudian katanya lagi, ada kereta di luar rumah yang tidak ditutup pintunya, kemudian katanya ingin minta makanan.
Pelik. Faiz enggan melayan. Namun dia masih di situ. Enggan beredar! Dan asyik mengetuk sliding door rumah kami. Kami pula bersyuro apa tindakan yang perlu diambil.
Macam-macam perkara terlintas di fikiran. KL ini macam-macam taktik orang untuk memperdayakan mangsa. Bersangka buruk itu perlu dalam keadaan sekarang. Tambahan lagi, kami ni anak-anak dara. Didatangi orang yang tidak dikenali selepas jam 12 malam sangat menakutkan!
Hafiz dan Faisal, junior saya di UM datang setelah dihubungi. Segan juga untuk meminta tolong muslimin, tapi kami benar-benar ketakutan. Ini praktik ukhuwwah dalam berjemaah. Alhamdulillah.
Faiz menghubungi polis.
Walaupun setelah mereka datang, lelaki misteri itu telah pergi.
Yang penting, buat report polis! Kami sepakat. Sudah banyak siri kejadian yang mencurigakan di AZ sejak akhir-akhir ini.
Jubah kesayangan saya, baju ummu, hana yang dijemur di ampaian luar rumah hilang walaupun pagar telah dimangga.
Saya juga, acapkali ketika pergi mahupun pulang dari kerja, diperhatikan oleh beberapa lelaki dalam keadaan yang mencurigakan.
Ya Allah, selamatkanlah kami dari sebarang bencana. Peristiwa malam tadi mengajar kami untuk lebih berhati-hati. Pergantungan pada Allah perlu sentiasa ada.
Ummu dan Faza, anda tidak berkongsi debar bersama kami malam tadi!
3 comments: Responses to “ Debar gadis-gadis AZ di tengah malam! ”
By Anonymous on May 22, 2008 at 10:55 AM
huhuh...
By Najibah Mustaffa on May 22, 2008 at 12:52 PM
Mas: Kak Bah pun cuak, tapi sempat lagi buat lawak. :), Apapun, rasa kuat bila tengok adik-adik semua cool and steady.
By Faiz Faiza on May 23, 2008 at 1:24 PM
iaf
mlm 2 faiz dh tpikir da..kalo that intruder b crazy ngamuk kt depan tu, 1st thing ill do is amik rotan seruas tpi dinding bilik. kalo nk ngamuk xsyok sensorang-so ble join ngamuk skali huhu..Alhamdulillah ALLAH lindung diri anak2 gadis AZ dr bencana. Dan kita sendiri kena b'usaha utk pastikan langkah keselamatan optimum diambil(pagar, baju@nite, grill, sliding door, lamp)...moga apa yg dh tsurat ni kita jadikan awasan spya xb'ulang