Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

Musim Kahwin

Written by Najibah Mustaffa on 3:17 PM

Tipah menunaikan janjinya untuk kahwin lebih awal dari kami!

Pening kepala saya melihatkan kad jemputan kahwin atas meja. Pelbagai warna, saiz, design. Kebetulan rutin kerja di pejabat hari ni tidak begitu padat, meeting produk EPF CI hanya pagi tadi, dan petang ini tiada meeting. Tidak seperti selalu-selalu.

Sekeping nota kecil saya capai. Tangan mula mencatat dan menyusun satu persatu jemputan kahwin saya diterima sepanjang 2 minggu cuti sekolah ini. 15 jemputan! Itu tidak termasuk masalah tarikh bertembung dan tempat kendurinya yang jauh antara satu sama lain.

16 Mei 2008:
Kak Rosliza (Takaful Malaysia): Kelantan

24 Mei 2008:
Elyana Mastura (SHAMS) : Terengganu
Farhana (Ex-STMB) : Kuala Lumpur
Marlina (STMB) : Kuala Lumpur
Ike (PMIUM) : Terengganu
Kak Zawati (NISA’) : Kelantan

25 Mei 2008:
Nazihah (PMIUM) : Kajang, Selangor
Matus (PMIUM) : Klang, Selangor
Syikin dan Basri (UM) : Johor

31 Mei 2008:
Sofi (Sahabat sekampung) : Terengganu
Kak Ayu (Ex-Housemate Anjung Zahra’) : Kelantan
Sarah (PMIUM) : Kuala Lumpur
Yusni dan Us. Asyraff (PMIUM) : Kedah

1 Jun 2008:
Latiffah dan Suhaimi (PMIUM) : Kajang

7 Jun 2008:
Aisyah (NISA’) : Negeri Sembilan

Pening…apapun, selamat pengantin baru untuk semua!

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 3 comments: Responses to “ Musim Kahwin ”

  2. By Anonymous on May 20, 2008 at 4:25 PM

    takperla,nnti2 pas raya musim orang lain plak kawin, =)

  3. By Anonymous on May 22, 2008 at 12:36 PM

    jangan pening2 dulu..
    nanti prg pun pening nak gi wedding awak..heheh.. jauhhh maa...

  4. By Najibah Mustaffa on May 22, 2008 at 12:50 PM

    Mas: Pas raya? A'ah, raya puasa, raya haji, raya cina..bla..bla..

    Mama Muaz: Kalaulah Terengganu tu boleh pindah duduk sebelah Saujana Impian tu, tentu awak tak pening. Tapi apakan daya. Takpe, Airasia kan ada, Now Everyone Can Fly..:)

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar