Najibah's Weblog

Hidup ini terlalu singkat untuk dihabiskan dengan perkara yang sia-sia.

Link Worth

“ Wa Bil Waalidaini Ihsaanaa…”

Written by Najibah Mustaffa on 1:58 PM

Entah dari mana asasnya sambutan Hari Ibu yang disambut semalam di seluruh dunia, saya tidak pasti. Saya sama seperti tahun-tahun sebelumnya, tidak pernah menyambut Hari Ibu atau Hari Bapa, apatah lagi Hari Kekasih atau Valentine’s Day.

Bagi saya, ingatan pada ibu dan bapa adalah setiap hari.

Dalam setiap doa yang dipanjatkan selepas solat, kita mohon agar dua insan ini dipanjangkan usianya oleh Allah, dikurniakan rahmat dan berkat.

Bukan ‘out of date’, namun bimbang jika kita meraikan sesuatu yang bukan asasnya dari Al-Qur’an mahupun Sunnah, dan lebih bimbang lagi, andai keraian itu ada asasnya dari ajaran-ajaran yang bercanggah dengan Islam.

Namun, ketika rancangan televisyen, radio dan promosi-promosi di pusat membeli-belah begitu rancak mempromosikan dan meraikan hari Ibu, saya lebih tertarik untuk menghayati nilai di sebalik hari Ibu.

Al-Qur’an lebih 1400 tahun dahulu menganjurkan kita untuk menghormati kedua ibu bapa. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai. Dan Hadith Nabi pula meneguhkan, Redha Allah terletak pada redha kedua mereka!

Saya memohon perlindungan Allah dari menjadi anak derhaka!

Derhaka zaman moden, boleh jadi bilamana anak yang terlalu sibuk dengan urusan dunia di kota, sehingga tidak berkempatan bertanya khabar atau menjenguk ibu bapa di kampung. Juga boleh jadi bilamana si anak asyik tidak berpuas hati dengan kata-kata atau pendapat ibu bapa, kononnya tidak selari dengan minat anak-anak masa kini.

Semua ini mungkin membuat ibu bapa berkecil hati. Walaupun mungkin zahirnya tidak ternampak di mata, namun perasaan kecewa yang terpendam di lubuk hati mereka boleh mengundang murka Allah dan menjauhkan berkat dalam hidup kita.

Wa’iyazubillah.

Buat mak, Fatimah binti Abdul Rahman, tiada wang ringgit sebagai balasan atas segala jasa yang dicurahkan. Hanya doa yang sentiasa dipanjatkan pada Al-Khaliq.

Tersentuh mendengar cerita emak, hadiah dari adik ikhwan (adik bongsu) kepada emak sempena Hari Ibu, sekuntum bunga berwarna pink dan sekeping kad bertulis:

” Terima kasih Mak kerana melahirkan adik, membesarkan dan memanjakan. Selamat Hari Ibu...”

Related Posts by Categories



Widget by Hoctro | Jack Book
  1. 0 comments: Responses to “ “ Wa Bil Waalidaini Ihsaanaa…” ”

Perjalanan hidup ini sebentar cuma. Manfaatkan masa sepanjang usia. Tempatmu sebagai anak, jadilah anak yang solehah. Tempatmu sebagai isteri, jadilah bidadari yang membahagiakan suami. Tempatmu sebagai ibu, berusahalah menjadi ibu mithali mendidik generasi rabbani. Tempatmu sebagai insan..jadilah manusia yang berbakti.. Dan sudah pasti, tempatmu sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakan, sedarilah...KITA INI HANYA DI TARAF HAMBA. Carilah seberapa banyak bekal untuk dibawa pulang..ke sana.

Islamic Calendar